Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau yang lebih mesra dipanggil Madame Pang terbang ke Londong bagi meyakinkan salah seorang pemain warisan bagi beraksi bersama skuad kebangsaan tersebut.
Pemain yang dimaksudkan ialah Jude Soonsup-Bell dimana pemain ini merupakan kacukan Thailand-British yang beraksi bersama skuad pembangunan Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Premier Inggeris 2 musim ini.
Baca Juga:
- Indonesia Mahu Rekrut Pemain Warisan Untuk Skuad B-20 Tahun
- Safee Sali Setuju Pemain Warisan Barisi Skuad Kebangsaan
- Ini Syarat Yang Diletakkan FAM Untuk Pemain Kacukan
🇹🇭🏴 Thailand FA President Madam Pang went to London, England and met young Thai talent playing at Tottenham, Jude Soonsup-Bell.
Will Soonsup-Bell play for the Thailand national team in the near future? pic.twitter.com/SD2YbPxo8X
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 29, 2024
Musim 2023/24 merupakan musim yang baik bagi Jude dimana beliau menjaringkan 10 gol dan menyumbang 7 assist dalam 19 perlawanan liga sekaligus membantu Tottenham muncul juara bagi kategori liga B-21 Tahun.
Lebih manis lagi, pemain berusia 20 tahun itu turut tersenarai bagi anugerah pemain terbaik musim ini selepas menampilkan prestasi cemerlang bersama Tottenham.
Thailand merupakan salah satu negara Asia yang membolehkan rakyatnya mempunyai dwi kewarganegaraan dan perkara ini bakal memainkan peranan penting bagi Madame Pang untuk memujuk Jude bagi beraksi bersama skuad Gajah Perang.
Soonsup-Bell memulakan karier bola sepak profesional bersama Chelsea sebelum berhijrah ke Tottenham musim lalu dan beliau juga pernah menyarung jersi skuad pembangunan England seperti B-15, B-16, B-18 dan B-19 tahun.
Beliau turut memegang rekod sebagai penjaring gol kedua tertinggi untuk England B-16 Tahun, di belakang Jadon Sancho dengan enam gol dalam tujuh penampilan.
Selepas tampil cemerlang bersama skuad pembangunan, ramai yang meramalkan Jude Soonsup-Bell untuk beraksi bersama skuad senior pada musim hadapan sekaligus memberikan saingan kepada pemain lain seperti Brenan Johnson dan Dejan Kulusevski di posisi sayap kanan.