Isu harga tiket mahal ketika musim perayaan bukanlah satu isu yang baharu tetapi perkara ini masih berlanjutan tanpa ada solusi. Lalu, ia menyukarkan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila ada yang menyuarakan keluhan apabila harga tiket penerbangan ke Sarawak mahal dan tidak masuk akal. Menerusi perkongsian pengguna Twitter @aripfredo dan penyanyi dari Sarawak iaitu Alena Murang, masing-masing mengatakan kenaikan harga tiket ketika perayaan dilihat agak melampau.
https://twitter.com/aripfredo/status/1463019927472787457
Malah, pengguna Twitter @aripfredo telah membuat perbandingan dan mendapati harga tiket pada tarikh tersebut berharga RM1,499.18 (kelas ekonomi) manakala bagi penerbangan serupa ke London berharga RM1,469 di laman sesawang MAS.
Tambahnya, syarikat penerbangan lain juga menunjukkan kenaikan harga tiket. Isu tersebut telah mendapat perhatian MAS lalu pihak MAS menjawab pertanyaan mengapa berlakunya kenaikan harga tiket.
Hello, @aripfredo. Please be informed that our prices are dynamically set based on demand and availability. Prices may vary depending on the dates and times selected. We would recommend that you search on a different date combination to obtain your preferred fare. -JY
— Malaysia Airlines (@MAS) November 23, 2021
Menurut pihak MAS, harga ditetapkan secara dinamik dan berubah-ubah mengikut permintaan dan penawaran. Akan tetapi, maklum balas tersebut tidak memuaskan hati sesetengah pihak dan berharap pihak yang bertanggungjawab perlu menyelesaikan isu ini.
Isu ini turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berharap harga tiket penerbangan akan lebih murah agar dapat berjumpa dengan keluarga selepas sudah lama tidak berjumpa.
Tahukah anda bahawa ‘trend’ pacak khemah di Genting Highlands membimbangkan ramai orang? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Pacak Khemah Dan Lepak Di ‘Parking Lot’, Trend Terbaru Di Genting Highlands Ini Buat Netizen Berang
Terbengkalai Dan Suram, Keadaan Terkini MAPS Ipoh Selepas Ditutup Tahun Lalu Buat Netizen Sedih
Kempen ‘Vaxxed To Go’ Agoda Tawar Pelbagai Kelebihan Buat Individu Lengkap Vaksinasi