Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa sebuah bank tempatan, Maybank, bertanggungjawab atas kecuaian kerana gagal memantau akaun pelanggannya dengan baik.
Hakim Maimoonah Aid telah memerintahkan pihak bank tersebut untuk membayar ganti rugi sebanyak RM166,000 kepada seorang pelanggan, Chan Yan Li, akibat kerugian yang dialaminya daripada transaksi yang tidak sah pada tahun 2021.
Di samping itu, pihak bank turut diarahkan untuk membayar kos tambahan sebanyak RM15,000.
Kes ini berpunca apabila wang berjumlah RM166,000 telah dipindahkan daripada akaun pinjaman Chan ke akaun simpanannya melalui beberapa siri transaksi di antara bulan Jun dan Julai 2021
Wang tersebut kemudiannya telah dipindahkan secara berperingkat kepada individu-individu yang tidak dikenali. Chan, yang telah menjadi pelanggan Maybank sejak tahun 2000.
Dakwanya beliau tidak menerima sebarang amaran melalui SMS mahupun notifikasi aplikasi (push notifications) berhubung pemindahan wang tersebut.
Menyedari kehilangan wang itu, beliau telah membuat satu laporan polis.
Semasa perbicaraan berlangsung, Hakim Maimoonah mendapati terdapat percanggahan antara rekod yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi dengan laporan transaksi yang dikemukakan oleh pihak bank di mahkamah.
Pihak mahkamah juga mendapati bahawa tiada amaran SMS yang dihantar bagi transaksi tertentu, di mana sebahagian daripada transaksi tersebut berlaku pada waktu awal pagi.
Fakta ini turut disokong oleh profil Chan sendiri, di mana mahkamah mendapati beliau bukanlah seorang pengguna aktif aplikasi Maybank2U, dan hanya menggunakan platform tersebut secara terhad untuk membayar kad kredit atau mengirim wang kepada bapa mentuanya.
Dalam penghakimannya, hakim menegaskan bahawa corak aktiviti yang berlaku secara mengejut pada akaun mangsa dalam tempoh masa berkenaan adalah tanda amaran jelas bagi transaksi mencurigakan, yang sepatutnya menggesa pihak bank untuk membuat siasatan atau pemeriksaan lanjut.