Usahawan dan selebriti popular, Neelofa nampaknya tidak pernah patah semangat serta tidak melupakan tanggungjawab beliau dalam usaha membantu barisan hadapan membendung penularan wabak COVID-19 di negara kita.
Dalam perkembangan terbaharu, Neelofa telah mengambil inisiatif untuk membantu barisan hadapan dengan menyalurkan sumbangan berupa kelengkapan katil hospital secara keseluruhannya bernilai hampir RM100,000 untuk kemudahan Hospital Melaka.
Ini merupakan sumbangan pertama yang diusahakan sendiri oleh Neelofa atas dasar rasa tanggungjawab serta keprihatinan beliau terhadap isu kekurangan katil yang belaku di hospital-hospital utama di seluruh negara memandangkan kes COVID-19 di negara kita yang menunjukkan peningkatan secara mendadak baru-baru ini.
“Saya rasa terpanggil untuk menyalurkan bantuan terutama apabila melihat keadaan hospital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung kemasukan pesakit COVID-19 yang terlalu ramai.
“Jadi, dengan ini saya ingin memainkan peranan penting untuk bersama-sama membantu komuniti dan rakyat Malaysia, sekali gus cuba menangani isu pandemik ini.
“Saya berharap dengan sumbangan kecil yang tidak seberapa ini dapat bantu melancarkan proses pemulihan pesakit-pesakit COVID-19,” kata Neelofa dalam satu kenyataan media.
Bukan sahaja untuk Hospital Melaka, bahkan Neelofa turut merancang untuk menyalurkan sumbangan kepada beberapa lagi hospital utama di seluruh Malaysia.
“Insya-Allah, kita akan cuba sebaik mungkin untuk membantu sebanyak mana hospital yang kita boleh,” tambah Neelofa lagi.
Susulan itu, Neelofa juga berharap semoga sumbangannya ini dapat memberi kemudahan kepada barisan hadapan, khususnya dalam menangani COVID-19 dalam situasi lockdown yang kini ditempuh oleh seluruh rakyat di negara kita.
Dalam pada membantu barisan hadapan, Neelofa difahamkan turut serta ingin membantu mereka yang terjejas akibat situasi pandemik ketika ini. Lantaran itu, Neelofa meminta kepada sesiapa yang memerlukan bantuan supaya menghubungi Pertubuhan Kasih Neelofa menerusi media sosial rasmi milik pertubuhan tersebut atau boleh juga menghubungi secara terus melalui media sosial milik Neelofa sendiri.
‘Buang yang keruh dan ambillah yang jernih’. Semoga usaha murni Neelofa ini dapat mengubati hati netizen di luar sana yang sebelum ini terluka dengan tindakan Neelofa yang pernah melakukan beberapa kesilapan kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan tempoh hari.
Pertubuhan Kasih Neelofa sebelum ini pernah melancarkan program ifaq untuk membantu mereka yang memerlukan sambut bulan Ramadan.
Pertubuhan Kasih Neelofa Lancar Program Infaq, Bantu Golongan Memerlukan Sambut Ramadan
Akui Tidak Beri Contoh Yang Baik, Neelofa Tampil Dengan Permohonan Maaf Secara Terbuka
Neelofa Antara Penerima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith