Bagi mengurangkan beban kewangan rakyat Malaysia, ZCITY iaitu sebuah aplikasi mudah alih penyelesaian gaya hidup telah menyahut seruan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melancarkan Kempen Inisiatif Payung Rahmah.

Melalui kempen ini, ZCITY hadir dengan e-baucar bagi barangan keperluan dengan jaminan harga terendah dan dalam pada masa yang sama turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik.

Baca Juga:

Melalui aplikasi ZCITY, pengguna dapat menikmati pelbagai faedah seperti baucar petrol, pembayaran bil, baucar makanan, baucar barangan runcit dan lain-lain kesemuanya dengan harga jaminan terendah. Pengguna ZCITY boleh menerima e-baucar bernilai RM70 apabila mereka berbelanja sebanyak RM50.

Untuk pengetahuan anda, e-baucar ini boleh digunakan untuk pelbagai keperluan seperti mengisi minyak kenderaan, membeli makanan, membeli barangan runcit dan menyelesaikan bil bulanan untuk perkhidmatan termasuk telekomunikasi, langganan TV, utiliti dan banyak lagi.

Berikut adalah cara-cara untuk anda dapatkan Inisiatif Payung Rahmah:

1. Muat turun dan mendaftar di aplikasi ZCITY
2. Tekan ikon ‘Rahmah’ di laman utama
3. Tekan ikon baucar ‘Rahmah’ untuk ke langkah seterusnya

4. Pilih e-baucar yang anda mahu beli di setiap bahagian (seksyen 1,2,5 adalah wajib)
5. Teruskan membuat pembayaran dengan kaedah pembayaran yang anda mahu
6. Pembelian berjaya

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Inisiatif Payung Rahmah boleh diketahui dengan layari laman rasmi ZCITY atau muat turun aplikasi ZCITY di sini.