Penyanyi Indonesia, Cakra Khan telah menarik perhatian dan pujian penonton seluruh dunia selepas mempamerkan nyanyian luar biasa pada uji bakat program America’s Got Talent (AGT) musim baharu.

Ketika menyampaikan lagu Make It Rain nyanyian asal Ed Sheeran, nyanyiannya diganggu oleh salah seorang juri iaitu Simon Cowell yang tidak menyukai persembahannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun Simon memberi peluang kedua kepada Cakra menukar lagu sebelum memukau penonton termasuk Simon menerusi lagu No Women No Cry nyanyian asal Bob Marley.

Susulan itu, Cakra berjaya menembusi peringkat awal dengan mendapat empat ‘yes’ daripada barisan juri.

Sementara itu, ketika ditanya perancangan sekiranya memenangi pertandingan tersebut, Cakra memberitahu dia mahu menggunakan wang kemenangan untuk membina rumah perlindungan haiwan.