Kriptowang sememangnya kerap kali dilabel sebagai mata wang digital atau mata wang masa depan. Teknologi yang berada pada mata wang ini beserta jumlah pembelinya yang tinggi membuatkan nilai sesebuah kriptowang melonjak naik.

Dalam pada itu, kenaikan kriptowang khususnya Bitcoin nampaknya terbantut baru-baru ini apabila China mengumumkan selaku negara paling aktif melombong Bitcoin menutup lebih 90% operasi di negara tersebut.

ICELAND-SCIENCE-FOREX-COMPUTERS
Sumber: Global Times

Lebih drastik, pihak kerajaan China turut mengarahkan syarikat pembekalan elektrik untuk memutus bekalan elektrik pada mana-mana lokasi yang disahkan melakukan aktiviti perlombongan Bitcoin.

Halangan yang dibuat turut memberi kesan kepada kriptowang yang lain selepas China turut mengumumkan pengharaman transaksi kriptowang di negara tersebut kerana khuatir digunakan untuk aktiviti melibatkan pengubahan wang secara haram.

Untuk pengetahuan, China sememangnya berhasrat untuk mengharamkan kriptowang di negara tersebut sejak dari tahun 2013 lagi namun baru sahaja berjaya direalisasikannya pada tahun ini.

Screen Shot 2021-06-22 at 9.45.02 AM
Sumber: Coin gecko

Difahamkan pelombong Bitcoin di China kini mengalami kerugian besar selepas tidak lagi dapat beroperasi dan sedia mencari altenatif untuk memindah aktiviti perlombongan di negara luar seperti Russia.

Pengumuman yang dibuat telah memperlihatkan harga mata wang Bitcoin jatuh sebanyak 7.7% dalam tempoh 24 jam setakat artikel ditulis di mana harga 1 BTC kini ditawarkan pada harga $32,595 (~RM135,057.38).

Sekitar Februari lalu, Bill Gates pernah berpendapat Bitcoin adalah sangat bahaya dan mahu kriptowang ini diharamkan.

Bill Gates Dakwa Bitcoin Bahaya, Minta Ia Diharamkan

‘Terbuang’ Bitcoin Bernilai RM887 Juta, Lelaki Ini Tawar Ganjaran Lumayan Jika Ia Dijumpai Semula

Kalahkan Bitcoin, SafeMoon Muncul Sebagai Matawang Digital Paling Mendapat Perhatian Pelabur

Sumber