Jika sebelum ini kenderaan rasmi jawatan (KRJ) menggunakan Proton Perdana, selepas ini mungkin tidak lagi dan sedia digantikan dengan Toyota Vellfire 2.5 liter. Difahamkan langkah ini dibuat bagi mengurangkan kos penyelenggaraan dan pembaikan.

Sebagai rekod, kos penyelenggaraan kereta menteri pada tahun 2020 iaitu ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin direkodkan berjumlah RM672,000, lebih tinggi daripada tahun berikutnya, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca Juga:

Pada 2021, kos penyelenggaraan kenderaan menteri berjumlah RM478,991.50, manakala bagi 2022 hanya sebanyak RM450,690.66.

Sumber: Wikipedia

Secara keseluruhannya kerajaan membelanjakan lebih RM1.6 juta membabitkan kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi kenderaan rasmi jawatan (KRJ) menteri Persekutuan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020 hingga tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sebanyak RM478,991.50 telah dibelanjakan sepanjang tahun 2021 sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Selain mengurangkan kos penyelenggaraan, model Proton Perdana 2.4L yang diberhentikan pengeluaran antara yang menjadi sebab Toyota Vellfire 2.5L menjadi pilihan.

Difahamkan pihak kerajaan sudah membayar kos pajakan bulanan yang terdiri daripada kos sewaan serta penyelenggaraan dan pembaikan bagi setiap KRJ itu.

Sumber