Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham membuat pendedahan bahawa beliau pernah membuat tawaran kepada Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) untuk mengambil alih kelab tersebut dengan nilai RM300,000.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebook peribadinya, Zamsaham menyebut tawaran tersebut merupakan satu bentuk pelan penjualan dengan ‘diskaun besar’ setelah beliau bersedia untuk melepaskan majoriti pegangan saham dalam Kelantan FC.

Baca Juga:

Namun begitu, tawaran berkenaan langsung tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak GSK yang diketuai Nik Hafiz Naim Nik Hassan.

“Saya ada berikan pilihan percuma dan jual tetapi GSK (Nik Hafiz dan kumpulan) tidak terima sebaliknya mahu membeli dan ‘control’ sepenuhnya TRW Kelantan FC.”

TRW Kelantan FC
Sumber Gambar: TRW Kelantan

“Perbincangan daripada RM3 juta akhirnya saya setuju jual majoriti pegangan saham pada nilai RM300,000 tetapi akhirnya tiada jawapan daripada Nik Hafiz.”

“Saya ada menghubungi Nik Hafiz juga berkenaan bayaran ini, tapi tiba-tiba senyap,” ujar beliau.

Penjualan Kelantan FC Gagal, Wujud Pasukan Baharu

Tambah Zamsaham, kegagalan rundingan tersebut membawa kepada tindakan Nik Hafiz menubuhkan satu entiti baharu yang dikenali sebagai Kelantan Red Warriors (KRW) dengan menemui pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan Liga Bolasepak Amatur (AFL).

Kelantan FC
Kredit Foto: Kelantan Red Warriors

“Sebaliknya Nik Hafiz berjumpa Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan Liga Bolasepak Amatur (AFL) langsung dan menubuhkan Kelantan Red Warriors.”

“Saya melihat KRW ingin menjadi TRW dengan nama Kelantan Red Warriors berserta logo yang menjadi milik rasmi TRW.”

“Hari ini orang keliru ada lagi TRW dari Kelantan Darul Naim (KDN). Pada saya kekeliruan ini tidak akan menjadi isu jika pihak AFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggubal suatu undang-undang khusus tentang nama,” tambah beliau lagi.

Sumber