Sebut sahaja mengenai Perlis, pasti ramai yang cukup tahu dengan buah yang cukup terkenal di negeri ini iaitu Mangga Harumanis. Rasanya yang manis dan berlemak membuatkan orang ramai sanggup mendapatkan buah yang eksklusif terdapat di Perlis dengan harga yang mahal apabila tiba musimnya.

Walau bagaimanapun, nilai eksklusif buah Harumanis yang sebelum ini cuma tumbuh di Perlis nampaknya semakin kurang apabila didapati buah ini didapati berjaya tumbuh di beberapa kawasan dan negeri lain seperti di Kelantan dan Terengganu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
DSC_3731
Sumber: crisp of life

Bukan itu sahaja, timbul pula isu dimana nama Harumanis telah digunakan oleh penjual buah dalam melariskan buah mangga baka yang lain dimana terdapat sesetengah pengusaha di Perlis kurang senang dengan penggunaan nama Harumanis beserta harga yang ditawarkan.

Berdasarkan isu yang berlaku, Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh telah mengumumkan untuk tidak memberi izin kepada mana-mana pihak untuk menggunakan jenama tersebut yang cukup sinonim dengan mangga yang tumbuh di Perlis ini.

Difahamkan larangan ini dibuat agar tidak mengelirukan pengguna yang mahu mendapatkan Harumanis Perlis dengan produk mangga yang diusahakan di tempat yang lain.

213
sumber: PPIM

Untuk pengetahuan, nama ‘Harumanis’ telah didaftarkan secara sah sebagai hak milik eksklusif kerajaan Perlis setelah pendaftaran jenama ini diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2015.

Setakat ini, dilaporkan terdapat 3,000 pengusaha Harumanis berstatus kebun di seluruh Perlis dengan keluasan 150 hektar yang mampu menjana sehingga RM70 juta semusim.

Selain mangga Harumanis, terokai juga bunga matahari di Perlis yang merupakan destinasi percutian terbaharu di negeri ini. Turut dikongsikan, Perlis diiktiraf sebagai negeri paling selamat di jalan raya pada tahun ini.

Ladang Bunga Matahari Di Perlis, Destinasi Percutian Terbaharu Yang Anda Perlu Terokai

Perlis Diiktiraf Negeri Paling Selamat Di Jalan Raya

Sumber