Mahu jual telefon terpakai sememangnya tidak mudah yang disangka. Namun, jika anda sertakan bersama konten panas sudah pasti menarik minat ramai orang lebih-lebih lagi yang kaki gatal.
Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter @sondesix, beliau menjumpai satu tangkap layar yang menawarkan sebuah telefon pintar terpakai bersama gambar panas si pemiliknya. Dapat dilihat gambar panas itu memenuhi ruangan galeri telefon tersebut dan ditawarkan sebagai pakej untuk pembeli ‘bertuah’.
Baca Juga:
- Pelik Tapi Benar, Gadis Ini Jual Pakaian Dalam Dan Stoking Tidak Dibasuh Miliknya Di Shopee
- ‘Pemilik’ Jual iPhone 14 Pro Harga Murah, Rupanya Bermasalah Dan ‘Telco Lock’
LMAO, she’s selling her used phone and you will get her photos in the gallery app for free if you buy it. pic.twitter.com/YRxrTzsB5e
— Alvin (@sondesix) March 11, 2023
Malah, pemilik yang berasal daripada Indonesia itu tanpa segan silu mempromosikan telefon pintar tersebut secara terbuka di IG dan cuba menjualnya kepada pengikut akaun. Di samping itu. dikatakan telefon pintar itu berada dalam keadaan 99% masih bagus untuk menarik lagi minat orang untuk membelinya.
Perkara ini sekaligus mencuri perhatian pengguna internet yang mana sangat terkejut dengan teknik penjualan itu. Di samping berjaya menarik minat ramai untuk mendapatkannya, ada yang risau akan salah guna gambar tersebut untuk tujuan penipuan.


Anda diingatkan jangan sesekali cuba membuat jualan peranti terpakai sebegini kerana bukan sahaja menjatuhkan maruah diri malahan identiti anda boleh disalah gunakan di dalam talian. Ketahuilah bahawa keselamatan identiti jauh lebih berharga jika nak dibandingkan dengan harga sesebuah peranti itu.