Sejak aplikasi Telegram diperkenalkan, aplikasi ini sering kali dibandingkan oleh aplikasi permesejan popular dunia iaitu WhatsApp. Semuanya kerana aplikasi ini dilihat lebih lancar, mudah serta mempunyai lebih banyak fungsi meskipun tidak mempunyai jumlah pengguna yang ramai seperti WhatsApp.

Terbaharu, Telegram sekali lagi bakal tampil dengan ciri baharuĀ  di mana aplikasi ini mahu memudahkan pengguna dengan mengimport kesemua chat pada aplikasi permesejan lain ke sebuah aplikasi sahaja.

4660
Sumber: the guardian

Menerusi langkah yang dibuat, para pengguna tidak lagi perlu menggunakan pelbagai aplikasi untuk menyemak mesej yang diterima sebelum ini atau yang bakal diterima.

Apa yang menarik perhatian pengguna, ciri yang sedang dibangunkan Telegram ini turut meliputi beberapa aplikasi popular seperti Line, KakaoTalak dan juga WhatsApp.

Setakat ini, masih belum diketahui bilakah ciri terbaru Telegram ini bakal ditawarkan secara rasmi kepada para pengguna. Walau bagaimanapun, sudah pastinya ciri yang menarik ini dinanti-nantikan seluruh pengguna Telegram.

Sebelum ini pengasa Telegram pernah memaklumkan kepada pengguna WhatsApp untuk membuang aplikasi berkenaan sebelum sebarang perkara buruk berlaku.

Pengasas Telegram Mahu Anda Buang Aplikasi WhatsApp Sebelum Perkara Buruk Berlaku

Telegram Sahkan Bakal Kenakan Bayaran Pada Pengguna Mulai Tahun 2021

Sumber