Majlis Anugerah Agropreneur Agrobank 2022 telah berlangsung di Hotel One World, Damansara pada 13 Julai 2023. Dalam majlis tersebut, Agrobank telah menobatkan 7 usahawan pertanian terbaik.

Untuk pengetahuan anda, anugerah ini diberikan kepada usahawan terpilih yang telah mempamerkan kejayaan memberangsangkan dalam usaha memajukan perniagaan mereka merangkupi aspek produktiviti dan kualiti.

Baca Juga:

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata anugerah ini adalah inisiatif Agrobank untuk meraikan dan mengetengahkan usahawan yang cemerlang dalam perniagaan agricultural.

YB Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad bin Sabu dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin Bersama pemenang-pemenang AAA 2022.

Pada tahun ini, kami turut memperkenalkan satu anugerah baharu iaitu Anugerah Agropreneur Viral. Tambahnya, anugerah baharu itu dibuat bagi mengiktiraf usahawan yang aktif menggunakan media sosial untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Malah, ianya bagi menyuntik semangat tiga penerima yang terpilih menjadi contoh kepada usahawan yang lain untuk turut aktif menggunakan medium itu bagi mempromosikan perusahaan masing-masing.

Pada majlis anugerah kali ini, terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan antaranya Anugerah Agropreneur Muda, Anugerah Agropreneur Mikro, Anugerah Agropreneur Orang Kelainan Upaya (OKU), Anugerah Agropreneur Wanita, Anugerah Pelanggan Setia (Individu) dan Anugerah Pelanggan Setia (Syarikat) dan Anugerah Khas-Ikon Inkubator.

YB Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad bin Sabu dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin ketika sesi sidang media

Pemenang anugerah membawa pulang sebuah trofi, sijil dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM70,000.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu disaksikan oleh 300 orang tetamu yang terdiri daripada rakan strategik Agrobank dan usahawan tani.

Penerima Anugerah Agropreneur OKU, Rahim Yusoff ketika ditemu bual

Sementara itu, penerima Anugerah Agropreneur OKU, Rahim Yusoff, 56, ketika ditemui berkata, kejayaan tidak akan datang tanpa usaha dan beliau akui berasa terkejut kerana tidak menjangkakan akan memenangi anugerah tersebut.

Beliau memberitahu bahawa dirinya bermula dengan membela tiga ekor lembu kini dia mempunyai lebih 15 ekor lembu yang diternak di Kampung Bukit Pulau Condong, Machang, Kelantan.