Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) kini dianjurkan di MAEPS, Serdang, Selangor pada 11 September hingga 22 September 2024.

Sempena pameran terbesar itu, Agrobank lancar kempen istimewa, AgroMAHA dengan inisiatif menarik untuk anda terutama sekali pelanggan setia Agrobank.

Peluang untuk menang motosikal setiap hari

AgroMAHA

Bermula sekarang, anda berpeluang untuk memenangi lebih daripada 50 hadiah menarik termasuk 12 motosikal sebagai hadiah utama.

Tak cukup dengan itu, anda juga boleh merebut pelbagai gajet canggih seperti tablet, telefon bimbit, jam tangan pintar dan headphone tanpa wayar sepanjang tempoh pameran!

Untuk menyertai, pelanggan Agrobank baru atau sedia ada hanya perlu menyimpan dan melanggan produk-produk terpilih seperti AgroPrimaS, FRIA-i / FRIA-i 45 Plus dan Takaful Kasih Plus.

Mudah, bukan? Hadiah-hadiah ini boleh dimenangi setiap hari sepanjang tempoh MAHA 2024.

Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024: perlindungan terbaik pada harga berpatutan

Di samping itu, Agrobank turut melancarkan Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024 yang menawarkan perlindungan komprehensif pada harga serendah RM54.

Kad ini bukan saja memberikan perlindungan kesihatan dan keselamatan diri, tetapi juga ada manfaat tambahan seperti perlindungan terhadap kecederaan akibat ragut dan caj ambulans.

Pelanggan hanya perlu mendaftar dari 26 Ogos hingga 30 September 2024 untuk mendapatkan tawaran istimewa ini.

Berpeluang peroleh ganjaran wang tunai RM20,000

Tak ketinggalan, Agrobank juga menyediakan ganjaran wang tunai berjumlah RM20,000 untuk pelanggan yang menggunakan DuitNow QR Agrobank semasa membeli di MAHA.

Hanya perlu berbelanja RM20 dalam satu transaksi untuk layak menyertai. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik seperti AgroFit, Agro Youth dan acara untuk kanak-kanak turut diadakan bagi memeriahkan suasana pameran.

Rebut mata ganjaran berganda dan menang besar

Agrobank juga telah mengadakan kempen menarik dengan hadiah bernilai tinggi yang berlangsung dari 1 Oktober 2023 sehingga 30 September 2024 ini.

Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan, dengan peluang memenangi hadiah lumayan seperti kereta Tesla Model Y dan hadiah wang tunai yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Pelanggan perlu memenuhi syarat simpanan minimum RM500 (individu) atau RM5,000 (bukan individu) dalam akaun AgroPrimaS atau AgroPerdana-i PLUS.

Selain itu, pelanggan yang menggunakan produk penulisan wasiat, takaful, dan pembiayaan turut berpeluang mengumpul mata penyertaan tambahan.

Hadiah utama ialah sebuah Tesla Model Y, sementara hadiah bulanan merangkumi kereta seperti BYD Dolphin, Proton X50, dan Perodua Myvi.

Selain itu, hadiah wang tunai hingga RM432,000 ditawarkan melalui cabutan pusingan wilayah.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kempen AgroMAHA dan dapatkan Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang ini atau kunjungi cawangan Agrobank berdekatan.

MAHA 2024 bersama Agrobank adalah peluang terbaik untuk seisi keluarga menikmati pengalaman yang menyeronokkan sambil berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat! Jumpa anda di sana.