Ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong menambah anggota baharu buat barisan kejurulatihannya dalam usaha untuk memantapkan lagi jentera serangan pasukan.
Langkah penting diambil Tae-yong sebagai persiapan rapi menjelang aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia yang akan bermula 5 September nanti.
Baca Juga:
- Duit RM260,000 Milik Pasukan Badminton Indonesia Kena Curi Di Paris
- Kelayakan AFC B-17: Indonesia Panggil Lionel Messi
- Gol Tunggal Raven Bantu Indonesia Julang Piala AFF B-19 2024
Pengendali kelahiran Korea Selatan itu melihat aspek penyudah merupakan masalah utama anak buahnya ketika menentang pasukan besar.
Daripada 10 perlawanan terakhir, Indonesia berjaya menjaringkan sembilan gol dimana sebahagian besarnya terhasil ketika berdepan Vietnam dan Filipina.
Manakala, hanya dua gol terhasil ketika bertemu Iraq dan Jepun yang mempunyai reputasi hebat dalam kancah bola sepak Asia.
Sehubungan dengan itu, Shin Tae-yong mengambil keputusan untuk membawa bekas penyerang skuad Korea Selatan iaitu Yeom Ki-hun untuk membantunya dalam meningkatkan kemampuan penyerang pasukan.
Malah, Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir turut menyedari hakikat tersebut dan melihat masalah itu perlu diselesaikan segera.
“Jika dilihat salah satu kelemahan ketika bermain beberapa kali, misalnya ketika bertemu Iraq, kita menguasai permainan dan tidak dapat menghasilkan jaringan bisa mengemas gol. Tapi di babak kedua kita kena dua gol.”
“[Sekarang] Bagaimana cara meningkatkan kualiti penjaga gol dan penyerang dengan jurulatih yang lebih baik. Jurulatih penjaga gol kita [sudah] baik, sekarang Shin Tae-yong menambah jurulatih penyerang,” ujar Erick menurut sumber laporan Goal Indonesia.