Percutian ke luar negara memang menyeronokkan, tetapi perancangan yang kurang rapi boleh bertukar menjadi situasi yang menyusahkan terutamanya apabila berdepan masalah gajet kehabisan bateri, palam elektrik tidak padan atau beg terlebih muatan di lapangan terbang.
Untuk memastikan percutian berjalan lancar tanpa drama, berikut adalah 6 gajet travel kompak yang wajib ada dalam beg galas anda.
1. Universal Travel Adapter (Dengan Slot USB & Type-C)

Setiap negara mempunyai bentuk palam elektrik yang berbeza. Membawa adapter biasa tidak mencukupi sekiranya perlu mengecas telefon, kamera dan powerbank serentak.
Pilih universal travel adapter yang dilengkapi teknologi pengecasan pantas (PD/QC) serta mempunyai beberapa port USB dan Type-C.
Hanya dengan satu palam sahaja, pelbagai peranti boleh dicas serentak tanpa perlu membawa banyak kepala pengecas.
Universal travel adapter bakal menyelesaikan masalah traveller yang kerap travel serta menyokong lebih 150 buah negara sekaligus menjimatkan ruang beg.
2. Penimbang Bagasi Digital Saiz Poket (Digital Luggage Scale)
Caj overweight di lapangan terbang boleh merosakkan mood dan bajet percutian. Penimbang bagasi digital bersaiz poket membolehkan semakan berat beg galas atau bagasi dibuat sebelum berlepas pulang.
Cara pengunaannya sangat mudah. Anda hanya perlu cangkukkan pada pemegang beg dan angkat. Skrin LCD akan menunjukkan berat tepat beg dalam beberapa saat.
Hal ini dapat mengelakkan daripada anda membayar denda muatan berlebihan di kaunter check-in.
3. Smart Tracker (Apple AirTag Atau SmartTag)

Kehilangan beg atau bagasi tercicir semasa penerbangan transit adalah perkara yang paling ditakuti oleh setiap pengembara.
Semudah mempunyai smart tracker di dalam beg galas atau bagasi utama, lokasi barangan boleh dipantau secara real-time terus dari telefon pintar.
Gajet ini amat berguna terutamanya apabila berada di kawasan sesak seperti stesen kereta api atau terminal bas luar negara.
Smart tracker turut memberi ketenangan fikiranĀ sepanjang perjalanan.
4. Mini Powerbank Kompak (Dengan Wayar Terbina Atau MagSafe)
Menggunakan aplikasi peta, menterjemah bahasa dan mengambil gambar sepanjang hari akan menguras bateri telefon dengan cepat. Powerbank gergasi yang berat hanya akan membebankan beg galas.
Pilih powerbank bersaiz poket (sekitar 5,000mAh – 10,000mAh) yang dilengkapi wayar bina dalam (built-in cable) atau fungsi magnetik MagSafe. Masalah wayar bersimpul dalam beg tidak akan berlaku lagi.
5. Earbuds Atau Headphone ‘Noise-Cancelling’
Perjalanan jauh dalam kapal terbang, bas atau kereta api selalunya diiringi dengan bunyi enjin yang bising atau gangguan persekitaran.
Earbuds dengan fungsi Active Noise Cancellation (ANC) membolehkan korang menikmati muzik, menonton filem, atau tidur dengan tenang.
Banyak model di pasaran kini menawarkan kualiti ANC yang mantap pada harga yang sangat berpatutan.
Memastikan tidur dan rehat yang berkualiti sepanjang perjalanan transit.
6. Mini Steam Iron

Pakaian yang dilipat rapat dalam beg galas pasti akan kedut apabila dikeluarkan. Untuk memastikan penampilan kekal kemas dan photogenic dalam gambar percutian, mini steam iron adalah penyelamat utama.
Bersaiz tapak tangan dan ringan, gajet ini memanaskan air dalam masa beberapa saat sahaja untuk meratakan kedutan pada baju tanpa memerlukan papan seterika.
Persediaan yang lengkap bukan sahaja memudahkan pergerakan, malah menjimatkan masa dan wang sepanjang mengembara di luar negara.
Pastikan gajet-gajet ini sudah sedia disemat dalam beg galas sebelum melangkah ke lapangan terbang untuk pengalaman percutian yang lebih lancar dan tenang.
Diharap dengan perkongsian ini dapat memudahkan anda dalam menguruskan beg galas anda untuk ke next adventure. Jangan lupa kongsikan bersama rakan travel ini untuk memudahkan urusan ketika berada di luar negara.