Drama bersiri Rampas Cintaku 2 yang ditayangkan di platform penstriman video iQIYI sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila ada ‘babak atas katil’ yang dilakonkan oleh Fasha Sandha dan Afieq Shazwan.
Walaupun memaparkan adegan intim tetapi banyak pengajaran yang dimasukkan dalam drama ini terutama sekali berkaitan penyakit Sexually Transmitted Disease (STD) dimana dapat beri kesedaran kepada umum perihal penyakit terbabit.
Baca Juga:
- Erra Fazira Sahkan Lagu Ini Ditujukan Awie Kepadanya
- ‘Patut Artis Indo Kaya’ – Rina Nose Dedah Perbezaan Antara Program Realiti TV Malaysia Dan Indonesia
- ‘Sedih Dengan Industri Drama Melayu’ – Netizen Kecewa Pelakon Berumur 15 Tahun Dipilih Berlakon ‘Babak Dewasa’
Menjengah ke media sosial, rata-rata penonton drama bersiri ini memuji watak Dato’ Nasha yang dilakonkan oleh Erra Fazira. Untuk pengetahuan anda, Dato’ Nasha merupakan ibu tiri kepada Rina (Puteri Balqish) dan pada awalnya mereka tidak ‘sebulu’.
@fafazeno_ mafia vibes!!! paling function ye dia🤣🤣 #rampascintaku2 #errafazira #ratucantikmalaysia1992 #tmsm4 #dakdakerra🤙🏻 #erracast #fashasandha #puteribalqis
Akan tetapi, dapat dilihat penerimaan Rina selepas dia ditimpa satu episod hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol dan Dato’ Nasha adalah insan yang berjaya mendapatkan kepercayaan Rina.
Susulan itu, para penonton memuji lakonan Erra Fazira yang kurang berdialog tetapi memberikan impak serta ada ‘jiwa’ dalam watak dilakonkan.
Bukan itu sahaja, para netizen mengatakan itulah kualiti seorang pelakon yang memiliki bakat dan auranya dapat dirasai penonton.