Setiap pasangan berkahwin pastinya mempunyai target dalam merancang jumlah zuriat yang mahu dimiliki. Begitu juga dengan pasangan pelakon Aidil dan Fasha Sandha.

Telah berjaya meraih seorang cahaya mata perempuan bernama Aisha Amaira, pasangan ini nampaknya mengimpikan untuk memiliki cahaya mata lelaki pula.

Dalam pada itu, pasangan Aidil dan Fasha nampaknya memilih langkah berbeza di mana pasangan ini memilih untuk menjalankan kaedah in vitro fertilisation (IVF) dalam meningkatkan peluang mendapatkan anak lelaki.

Menerusi temu bual bersama Mstar, Aidil menjelaskan sudah tentunya mereka mahu melakukan kaedah natural tanpa IVF namun takut sekiranya diberikan zuriat anak perempuan lagi.

Oleh yang demikian, kaedah IVF antara yang dipilih dalam meningkatkan peluang mereka mendapatkan anak lelaki.

Pasangan ini memaklumkan bakal melakukannya selepas Hari Raya Aidilfitri kelak. Mereka memilih waktu berkenaan dalam memastikan mereka dapat membuat perancangan melibatkan pekerjaan terlebih dahulu sebelum Fasha Sandha berehat untuk mengandung.

Aidil dan Fasha Sandha telah melangsungkan pernikahan pada April 2019 lalu. Hasil perkongsian hidup Aidil dan Fasha, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aisha Amaira, selain Fasha juga mempunyai dua anak daripada hasil perkahwinan pertamanya.

Sumber