Aktres jelita, Fasha Sandha mengakui dia tidak selesa untuk membincangkan isu boikot barangan yang dikaitkan dengan zionis atau Amerika Syarikat.

Menurutnya, dia takut tersilap cakap dan banyak hati untuk dijaga. Dan dia menganggap isu itu terlalu subjektif untuk dibahaskan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Isu boikot barangan yang dianggap menyokong zionis menjadi topik hangat di tengah tengah konflik di antara Israel dan Palestin.

Dipetik dari laman Xtra, Fasha Sandha berkata: “Saya tak nak cakap boikot atau apa, takut tersalah cakap. Banyak hati yang perlu dijaga, sama ada dari sebelah pihak yang memboikot dan yang tidak memboikot.”

Fasha Sanda menambah, ada banyak pihak yang terlibat dalam isu boikot ini. Oleh sebab itu, beliau sangat sukar untuk memberikan pandangannya.

“Ada pekerja yang menanggung keluarga mereka dan sebagainya. Kalau ramai yang suruh pekerja tersebut berhenti, ianya tidak semudah yang disangka,” tambah beliau lagi.

Lantas Fasha menyatakan dia tidak mahu memberikan komen lebih lanjut lagi.

Paling penting baginya adalah, hidup harus diteruskan seperti biasa dan meminta semua orang mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin.

Fasha berkata: “Kita tak boleh terlalu taasub sehingga menjejaskan kehidupan seharian kita. Saya percaya setiap individu ada cara tersendiri untuk menunjukkan solidariti mereka terhadap Palestin.”

Fasha Sandha masih lagi aktif berlakon. Dan kekal menjadi selebriti kelas A dalam industri seni Malaysia pada ketika ini.