Fasha Sandha telaha membawa pembantu rumahnya pulang ke Indonesia untuk berjumpa dengan keluarganya selepas 7 tahun tidak berbuat demikian.

Rakaman detik tersebut benar benar membuatkan netizen terharu dan memuji Fasha Sandha sebagai selebriti yang baik hati dan berjiwa besar.

Baca Juga:

Fasha Sandha menganggap itu adalah pencapaian terbaik untuk dirinya tahun ini. Dan dia tidak mahu melepaskan detik itu itu melihat sendiri ‘reunion’ antara keluarga tersebut di Indonesia.

Fasha dan keluarganya meluangkan masa untuk mengiring sendiri pembantu beliau itu bertemu dengan keluarganya dan menggunakan kesempatan yang ada untuk beramah mesra dengan mereka.

Berdasarkan perkongsian terbaru Fasha Sandha, dia kini berada di Indonesia untuk bercuti bersama keluarganya.

Mungkin atas sebab itu dia menggunakan kesempatan tersebut untuk membawa sekali pembantu rumahnya untuk pulang bercuti dan berjumpa dengan keluarganya.

Pembantu Fasha Sandha tiba di Indonesia dan dilihat semakin tidak sabar untuk berjumpa dan memeluk anaknya, ketika dia melihat kelibat anaknya dari kejauhan.

Dia tidak dapat menahan sebak dan menangis kerana terlalu rindu dan pada masa yang sama itu tangisan kegembiraan. Dia memeluk erat anaknya sebelum berpelukan dengan yang lain.

Fasha menulis: “Pencapaian terbaik di tahun ni. Menghubungkan ibu dan anak yang tak berjumpa dah 7 tahun.

“Terima kasih diatas segala kebaikan dan sayang anak anak. Pembantu adalah keluarga dan saudara, yang membantu untukk permudahkan urusan kita.

“Love all. Simpan sini buat kenangan.”

Di ruangan komen netizen memberikan komen yang rata rata terharu dan memahami naluri keibuan.

Seorang menulis: “Naluri ibu, auto sebak.”

Yang lain menulis: “Untuk perantau macam kami memang inilah kesedihan kami jauh dari anak anak. Aku 6 tahun tak jumpa sekarang Alhamdulilah semua berkumpul kembali.”

Kemudian yang ketiga menulis: “Aaa Fasha u buat kita nangis samaa.. terima kasih Fasha yang baik hati, semoga anak kakak ini menjadi anak yg solehah dan menjadi kesayangan orang sekeliling sepanjang ketiadaan ibunya. Aminn yarabbal alamin.”

Seterusnya ada yang berkata: “Dengan aku pun ikut menangis.”