Sebuah insiden yang mengejutkan ramai pihak apabila pelakon Fasha Sandha dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian kirinya ekoran terjatuh ditolak Azhan Rani sewaktu melakonkan sebuah babak dalam drama Anak Tuan.

Dilaporkan pelakon berusia 39 tahun ini telah dikejarkan ke pusat perubatan pakar di Johor Bahru, Johor di mana beliau disahkan mengalami patah tulang mata kiri selain bola matana bengkak dan berdarah.

Difahamkan punca berlaku insiden tersebut bermula apabila beliau bersama Azhan Rani melakonkan sebuah babak melibatkan keganasan di mana beliau terjatuh lalu mata serta kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam.

Menurut perkongsian Instagram Fasha Sandha, insiden tersebut turut dirakamkan dan dimuat naik yang turut menyaksikan Azhan Rani turut memohon maaf atas apa yang berlaku manakala Fasha Sandha pula menangis kesakitan.

Perkongsian yang dibuat telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen serta para selebriti di mana rata-ratanya semoga urusan Fasha Sandha dipermudah. Sementara itu, terdapat juga netizen yang berang dengan tindakan Azhan Rani yang dikatakan terlalu menjiwai watak sehingga menyebabkan kecederaan kepada individu lain.

Fizz Faizruz yang merupakan seorang pelakon turut tampil mengeluarkan kenyataan menerusi insiden yang berlaku memaklumkan lakonan tidak perlu beria menjiwai watak sehingga membahayakan diri serta orang sekeliling.

“Bila masing-masing nak tunjuk hebat, inilah makannya” ulas Fizz Fairuz.

https://www.instagram.com/p/CpRXLlYJMW3/?utm_source=ig_embed&ig_rid=3672ff89-80fc-4050-9fd2-2fb6851c0dd0

Perkongsian ringkas yang dibuat Fizz Fairuz walau bagaimanapun kurang dipersetujui netizen di mana para netizen beliau seolah mencurahkan minyak ke dalam api yang membara. Tidak kurang juga berpendapat situasi yang berlaku sememangnya di luar jangkaan dan tidak perlu memandai-mandai.

Mengalami kecederaan yang serius, diharapkan Fasha Sandha dapat segera sembuh daripada kecederaan serius sekaligus dapat kembali berkarya apabila pulih serta cukup rehat kelak.