Setiap aktiviti sukan dilakukan, pasti ada kumpulan ditubuhkan untuk bekerjasama semasa membuat aktiviti tersebut.
Pada masa sama setiap kumpulan pasti akan ada logo sebagai lambang identiti masing-masing. Selalunya rekaan logo akan ‘diterjermahkan’ kepada baju, pelekat, dan lain-lain.
Baru-baru ini pelakon, Azhan Rani menegur kumpulan-kumpulan hiking yang tidak bertanggungjawab buat vandalism di Puncak Gunung Datuk.
Menerusi hantaran Instagram pelakon itu, satu gambar dimuat naik menunjukkan papan tanda Puncak Gunung Datuk dipenuhi dengan pelekat-pelekat kumpulan geng hiking.
Pelekat itu memenuhi papan tanda sehingga tidak nampak apa yang ditulis di situ.
“Ada siapa-siapa lagi nak beritahu dia terpaling ada grup hiking?
Monyet pun geleng kepala. Ini gunung datuk, bukan gunung datuk anda,” tegur Azhan Rani.
Menurutnya lagi, di atas puncak gunung itu ada tempat yang disediakan untuk kumpulan hiking menampal pelekat.
Oleh itu perbuatan vandalism itu tidak sepatutnya terjadi.
Dalam pada itu, warganet berharap papan tanda itu akan digantikan dengan yang baharu pada masa akan datang.