Pelakon Wafariena Roslan dilaporkan telah mengalami kecederaan ketika melakukan aksi lagak ngeri semasa sesi penggambaran. Wafariena kini sedang dirawat di hospital dan pengarah filem terbabit didakwa bersikap ‘lepas tangan’ berhubung insiden itu.
Lantaran isu itu, Azhan Rani dalam satu perkongsiannya di Instagram telah meluahkan perasaan dan menceritakan kembali kejadian kemalangan yang pernah dialaminya pada suatu ketika dahulu.
Baca Juga:
- Wan Maimunah Dedah Terpaksa ‘Mengemis’ Bayaran Selepas Produksi Liat Buat Pembayaran
- Lihat Pelakon Ternama Hollywood Bergambar Bersama ‘Stuntman’ Mereka
- Keanu Reeves Hadiahkan Jam Tangan Rolex Buat 4 ‘Stuntmen’ Beliau Dalam John Wick
Menerusi perkongsiannya, Azhan mengatakan dirinya terlibat kemalangan selepas tergesa-gesa perlu ke lokasi penggambaran atas permintaan pihak produksi untuk menggantikan pelakon yang tidak dapat hadir ketika itu.
Disebabkan lokasi penggambaran jauh dan masa suntuk, maka Azhan mengambil keputusan untuk menunggang motosikal agar dapat tiba dengan lebih cepat tetiba terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan.
“Wakil production datang tengok aku kat wad kecemasan dan tolong call sahabat baik Beto Khusyairy untuk uruskan aku lepas tu. Yang lain dia bantu carikan towing motor aku ke rumah sahabat aku dan sahabat aku yang bayarkan towing tu.
“Itu sajalah dari produksi untuk aku. Selain call sebelum aku kena operation nak beritahu watak aku akan digantikan orang lain adalah juga sekali dua mereka call dan message tanya khabar bagi kata semangat dan delivery sebakul buah-buahan kat hospital.” kata Azhan
Menurutnya, sepanjang lapan hari berada di hospital, Azhan Rani menyatakan tiada seorang daripada pihak produksi datang menjenguknya. Malah, dia turut bimbang dengan nasib krew serta pekerja belakang tabir sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini kerana tiada Socso untuk pekerja seni.