Seperti yang kita tahu, rentas negeri baru sahaja dibenarkan di seluruh negeri dan bila Bella tahu sahaja boleh rentas negeri, terus pack baju balik kampung, excited bak hang!
Jadi, kali ini istimewa dalam episod Vocket Makan, Bella bersama Abah akan bawa korang semua terjah ke port makanan paling rare dengan sarapan pagi yang paling mantap iaitu Set Peknga bersama Ikan Temenung. Ada juga Set Ubi Rebus, makanan orang dulu-dulu. Rasa saja, memang terangkat oh!
Lepas itu, ada juga sup Gearbox yang sekali sedut terasa seperti di kayangan. Dah perkena tu sampaikan taknak balik, sedap sangat.
Nak tahu port rahsia mana lagi yang Bella terjah? Saksikan Vocket Makan Special di Kedah.