Manchester United ada harapan untuk julang UEL musim ini selepas mara ke perlawanan akhir.
Namun begitu, Sir Jim Ratcliffe memberitahu pemain pemain dan jurulatih Manchester United bahawa tidak akan ada keraian perarakan piala jika mereka menjuarai Europa League – menurut The Times.
Sebaliknya, hanya akan ada majlis makan makan dan barbeku sahaja di pusat latihan kelab sebagai majlis sambutan ringkas jika mereka julang UEL itu nanti.

Ianya bukan kerana satu lagi langkah penjimatan diambil kelab di bawah polisi diketuai Sir Jim Ratclife.
Tetapi ini kerana Sir Jim Ratcliffe benar benar kecewa dengan prestasi Manchester United di dalam Liga Perdana Inggeris.

Minggu lalu, Manchester United menelan kekalahan ke-17 mereka musim ini dalam EPL.
Meletakkan pasukan itu kini di tangga ke-16 dalam carta Liga Perdana Inggeris.
Ruben Amorim sendiri akui dia malu melihat carta liga, kerana kedudukan Man United yang sangat teruk.

Jadi Amorim tidak memikirkan soal julang UEL atau sebaliknya pada masa ini. Kerana dia berpendapat ada masalah lebih besar untuk dia fikirkan ketika ini.
“Saya rasa malu melihat carta liga, sama ada kami menang atau tidak trofi Europa League nanti, kami ada masalah lebih besar daripada daripada itu,” tegas Amorim.
🚨 Rúben Amorim: “I feel embarassed when looking at the Premier League table”.
“For me it doesn't matter if we win the Europa League because the problems are much bigger than that”. pic.twitter.com/mMGyKYsmRs
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) May 11, 2025
Julang UEL dan mara ke UCL musim hadapan
Namun begitu Manchester United masih ada harapan untuk memenangi piala dan mara ke UCL musim hadapan. Syaratnya mereka harus menumpaskan Tottenham pada final Europa League.
Juara Europa League akan diberikan hak beraksi di Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.
Sebelum ini Ruben Amorim menyatakan bahawa dia sedar bahawa kelab tersebut mensasarkan kejuaraan EPL sebagai sasaran utama mereka.
Ruben Amorim: "Our goal is to win the Premier League. Maybe it isn’t with me. But our goal as a club is winning the Premier League like we did in the past."
"I’m not naive, that’s why I’m here, at 40 years old, coaching Manchester United" pic.twitter.com/qE90gUNzXL
— BeanymanSports (@BeanymanSports) March 2, 2025