Dalam satu rakaman yang tular menunjukkan restoran makanan segera terkenal, McDonald yang dipercayai berada di China telah mencipta kelainan dengan menukar kerusi biasa kepada basikal senaman. Kini pelanggan mereka boleh menikmati Big Mac sambil membakar kalori, lapor Lad Bible.
Video yang tular di aplikasi TikTok itu menunjukkan seorang wanita duduk di meja makan khas yang dibuat untuk seorang pelanggan sahaja, di mana basikal senaman menggantikan tempat duduk tradisional.
Sambil menikmati burger, dia kelihatan mengayuh – berhenti pada satu ketika untuk meneguk minuman sebelum sambung mengayuh. Seorang lelaki di sebelahnya juga melakukan perkara yang sama.
Tidak diketahui di mana sebenarnya rakaman video itu dibuat, tetapi pengguna TikTok @cris13_u, yang memuat naik video itu, menyatakan bahawa McDonalds dengan kerusi khas itu terletak di China.
Video itu telah mendapat 32 juta tontonan dan 2.1 juta suka, bersama-sama dengan beribu-ribu komen. Ramai pengguna media sosial kagum dengan idea yang ‘luar biasa’ dari McDonalds.
Bagaimanapun, sesetengah netizen menganggap ia adalah konsep yang kurang baik untuk sistem penghadaman, “Tidak baik untuk sistem pencernaan anda. Jangan lakukan aktiviti fizikal semasa makan, makan memerlukan keadaan santai supaya ia boleh dihadam dengan baik.”
‘Geng Kuda’ tinggalkan najis di Drive-Thru McDonalds raih kecaman netizen. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.
‘Geng Kuda’ Tinggalkan Najis Di Drive-Thru McDonalds Raih Kecaman Netizen
Difitnah Tawarkan Ayam Goreng Berulat Kepada Pelanggan, McDonalds Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang
Burger King Tokyo Tinggalkan Mesej ‘Kejam’ Sempena Penutupan McDonalds