Sebelum ini tular sebuah video yang memaparkan pengacara TV kekok siang ikan dan hal tersebut telah menjadi bualan hebat netizen.
Susulan itu, pelakon Zulin Aziz tampil mempertahankan golongan wanita yang dikecam hanya kerana tidak tahu untuk menyiang ikan di Insta Story miliknya.
Baca Juga:
- ‘Macam Ni Tak Berasaplah Dapur’ – Pengacara TV Kekok Siang Ikan Diperlekeh Segelintir Kaum Lelaki
- Tak Melatah Dan Enggan Besarkan Isu, Sugeeta Chandran Tampil Jelaskan Sebab Kekok Siang Ikan
- Tayang Hidup Mewah Bawa Lamboghini Tapi Belajar Di UiTM, Influencer Ini Jelaskan Hal Sebenar
“Tak reti siang ikan pun kecam. Kalau pandai siang ikan tapi malas masak pun tak guna.
“Sekarang beli ikan semua siap siang. Tak payah la semua benda nak kecam.” tulis Zulin.
Tambahnya, dia juga mengatakan bahawa dia tergolong antara golongan yang tidak pandai menyiang ikan dan ayam, malah tidak tahu memotong sayur mengikut bentuk sepatutnya.