Malaysia membantu CAFA untuk mencari pasukan pengganti selepas skuad Harimau Malaya menarik diri dari kejohanan itu.

Perkara ini disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya iaitu Rob Friend dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Baca Juga:

Malaysia Bantu CAFA

“Keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan CAFA dibuat secara terperinci dan berpandukan pertimbangan strategik.

Malaysia
Kredit Foto: FAM

“Kami turut bekerjasama rapat dengan pihak Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) bagi membantu mengenal pasti pengganti yang sesuai.

“Kami percaya adalah penting untuk bertindak secara profesional dan berintegriti demi memelihara hubungan baik dalam komuniti bola sepak antarabangsa,” kata Rob.

Dalam masa yang sama, Rob berbesar hati kerana Malaysia akan turun menentang Singapura dan Palestine pada September ini.

Malaysia
Kredit Foto: Malaysia NT

“Kami amat berbesar hati kerana berjaya mengatur dua perlawanan berkualiti.

“Ia merupakan peluang luar biasa untuk beraksi di hadapan penyokong sendiri di Kuala Lumpur.

“Singapura membawa cabaran serantau yang kompetitif dan penuh sejarah, manakala Palestin pula merupakan lawan taktikal yang berbeza serta merupakan pasukan yang berada dalam kelompok 100 terbaik dunia.

Malaysia
Palestine

“Kedua-dua perlawanan ini akan menjadi medan penting untuk menambah pengalaman serta memperkukuh kualiti pasukan kami,” tambahnya.