Teka-teki mengenai pasukan mana yang akan dihadapi oleh skuad Harimau Malaya pada FIFA Matchday awal bulan September nanti telah pun terjawab.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan ketua jurulatih, Peter Cklamovski sebentar tadi, Singapura dan Palestin bakal menjadi lawan buat skuad kendaliannya.

Baca Juga:

Lawan Seterusnya Buat Harimau Malaya

Ia mampu menjadi lawan yang baik buat skuad negara kerana Palestin pada ketika ini berada di kedudukan ke-98 dalam ranking dunia manakala Singapura pula menghuni tangga ke-159.

Harimau Malaya
Kredit Foto: NSTP/AIZUDDIN SAAD

Dua lawan tersebut menjadi pengganti buat skuad Harimau Malaya yang terpaksa melupakan saingan Piala Negara-Negara Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025.

“Kami sudah ada dua perlawanan yang boleh disahkan iaitu satu menentang Singapura dan perlawanan kedua pula menentang pasukan dalam ranking 100 terbaik dunia, Palestin,” ujar Peter menurut sumber laporan BH Online sebentar tadi.

“Kami menghormati setiap lawan, namun apabila menentang Singapura, ia akan menjadi perlawanan penuh emosi, suasana di stadium akan hebat, ia perlawanan bermakna dan cabaran yang baik untuk kami.”

Harimau Malaya
Kredit Foto: NSTP/AIZUDDIN SAAD

“Palestin juga sama, negara yang penuh emosi dan patriotik. Kami mahu mencabar diri menentang mereka. Kami mahu terus meningkatkan persembahan pasukan selepas meraih keputusan yang bagus berdepan Vietnam,” tambah Peter lagi.

Difahamkan kedua-dua perlawanan tersebut dijangka bakal diadakan di gelanggang keramat Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan bertemu Singapura (4 September) dan Palestin (8 September) itu penting dalam usaha skuad Harimau Malaya membentuk persefahaman lebih utuh dalam menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 berdepan Laos dan Nepal pada November nanti.

Sumber