Malaysia sekali lagi mencuri perhatian di pentas teknologi global apabila 10 projek tempatan yang disokong Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya disenarai pendek bagi WSIS Prizes 2026.
Bagi yang tak familiar, WSIS atau World Summit on the Information Society merupakan anugerah antarabangsa anjuran International Telecommunication Union (ITU) yang mengiktiraf projek berimpak tinggi dalam bidang teknologi, inovasi digital dan pembangunan mampan.
Tahun ini, Malaysia turut meneruskan peranan sebagai Platinum Strategic Partner, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai antara hab inovasi digital yang semakin berkembang di rantau Asia Tenggara.

10 projek Malaysia yang tersenarai
Menariknya, projek yang terpilih bukan sekadar tertumpu kepada teknologi semata-mata, tetapi turut melibatkan keselamatan internet, AI, pertanian pintar dan pembangunan komuniti.
Berikut merupakan 10 projek Malaysia yang berjaya disenarai pendek:
- ASEAN 5G Skills Framework and Capacity Development Platform
- Communications & Infrastructure Disaster Recovery (CIDR) Plan
- Human-Centered Digital Governance Through MCMC’s Five-Year Plan 2030
- AgriNXT: Oil Palm Chapter (OPC)
- MCMC’s AGRINXT Northern Chapter: Empowering Malaysian Livestock Farmers with AI-based Cattle Weight Estimation
- MCMC’s AGRINXT Northern Chapter: Empowering Paddy Farmers Via AI-driven Paddy Disease Detection
- Sebenarnya.my Portal
- Kempen Internet Selamat (KIS)
- E-waste Stewardship Through Community Collaboration for Responsible Circularity Action
- Empowering Communities for Healthy and Ethical AI Adoption via MCMC Microsoft AI TEACH Programme
Secara keseluruhannya, projek-projek ini menunjukkan bagaimana Malaysia menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah sebenar daripada keselamatan digital dan pengurusan bencana hinggalah penggunaan AI dalam sektor pertanian.
Kenapa undian rakyat penting?
Untuk WSIS Prizes, undian awam memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang akhir.
Maksudnya, setiap undian daripada rakyat Malaysia boleh membantu meningkatkan peluang negara untuk diiktiraf di peringkat global.
Menurut MCMC, penyertaan Malaysia dalam WSIS 2026 juga mencerminkan usaha negara dalam membina masa depan digital yang lebih selamat, inklusif dan bertanggungjawab.
Dalam masa sama, ia menjadi peluang untuk menunjukkan bahawa inovasi tempatan juga mampu bersaing di pentas antarabangsa.
Cara untuk mengundi:
Rakyat Malaysia yang ingin menyokong projek-projek ini boleh membuat undian menerusi platform rasmi WSIS Prizes di WSIS Prizes 2026 Voting Platform.
Kalau biasanya kita sokong wakil negara dalam sukan atau hiburan, kali ini mungkin berpeluang untuk menyokong inovasi dan teknologi buatan Malaysia pula.