Peminat Garuda sekali lagi tidak berpuas hati dengan Harimau Malaya. Ini selepas mereka mandakwa Malaysia ‘curang’ dalam aksi Piala AFF B-23 baru baru ini.
Dalam aksi antara Indonesia dan Malaysia, perlawanan berakhir seri. Dan peminat Indonesia mengesyaki Malaysia menurunkan pemain lebih umur.
Malaysia tipu umur?
Mereka menuduh Aysar Hadi, sebagai terlebih umur kerana menurut mereka wajah pemain tersebut tidak menepati profil pemain muda berusia 23 tahun.
Terutama sekali penampilannya yang berkumis dan rambutnya yang menipis.
Ada peminat Indonesia yang yakin bahawa Aysar Hadi pastinya berusia 27 tahun. Dan menuduh Malaysia menipu ‘akta’.
wkwkkw masa palsuin akta
— Eldo C R (@EldoCR) July 23, 2025
Lantas ada yang menuduh Malaysia cuba menggunakan taktik kotor menggunakan pemain tidak sah dan mereka mahu AFF membuat siasatan ke atas perkara tersebut.
Jika didapati bersalah, Malaysia boleh dikenakan hukuman kalah dalam semua perlawanan yang ada Aysar Hadi bermain.
Namun sebenarnya, Aysar Hadi adalah pemain yang sah untuk beraksi dengan pasukan B-23.
Dia adalah pemain yang baru berusia 21 tahun. Lahir pada 4 September 2003. Perkara itu anda boleh semak sendiri dalam data pasukan kelabnya, JDTFC II.

Media Indonesia mempertahankan tindakan peminat mereka yang mempersoalkan usia Aysar Hadi. Kerana menurut mereka sebelum ini kem Vietnam pernah mempersoalkan perkara serupa tentang umur pemain itu.
Pemain Timnas Malaysia U-23, Aysar Hadi, jadi sorotan warganet karena wajahnya dinilai tidak sesuai dengan usianya.
Banyak yang curiga usianya lebih dari 23 tahun. Padahal, menurut data Transfermarkt, Aysar lahir pada 4 September 2003 dan saat ini baru berusia 21 tahun.… pic.twitter.com/lPJjk6b5cG
— detiksport (@detiksport) July 23, 2025