Malaysia secara rasmi telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara yang ditambahkan ke BRICS (Brazil, Russia, India, China, dan Afrika Selatan) sebagai negara rakan kongsi, sebuah blok yang secara kolektif mewakili satu perlima daripada perdagangan global.
Pengumuman ini dibuat melalui kemas kini daripada platform X.com @BRICSInfo. Kemasukan Malaysia adalah sebagai rakan kongsi, belum lagi sebagai ahli penuh, lapor Business Today.

Baca Juga:
- Malaysia Nak Lawan Kuasa Amerika Syarikat, Bakal Sertai BRICS?
- Malaysia Jana Keuntungan RM87 Juta Dari Rakyat Singapura
- Cukai Orang Kaya, Berapa Sebenarnya Pendapatan Golongan T15 Di Malaysia?
Selain Malaysia, negara lain yang turut diumumkan sama Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turkey, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.
JUST IN: BRICS officially adds 13 new nations to the alliance as partner countries (not full members).
🇩🇿 Algeria
🇧🇾 Belarus
🇧🇴 Bolivia
🇨🇺 Cuba
🇮🇩 Indonesia
🇰🇿 Kazakhstan
🇲🇾 Malaysia
🇳🇬 Nigeria
🇹🇠Thailand
🇹🇷 Turkey
🇺🇬 Uganda
🇺🇿 Uzbekistan
🇻🇳 Vietnam pic.twitter.com/n1jIDcKega— BRICS News (@BRICSinfo) October 23, 2024
Pada Jun lalu, Malaysia dilaporkan akan memulakan prosedur rasmi untuk sertai organisasi antara kerajaan BRICS dalam masa terdekat.
Berita baik ini sekaligus memberikan peluang dan ruang untuk negara berkembang di pentas antarabangsa dengan lebih meluas.