Negara kita masih berjaya mengekalkan kedudukan pada senarai pasport you global paling berkuasa dengan menduduki tempat ke-12 menerusi senarai Henley Passport Index 2025.
Dengan menduduki tempat tersebut, pasport Malaysia mampu menawarkan akses tanpa visa ke lebih 183 buah negara dan keperluan visa 43 buah negara di dunia.
Di dalam rantau Asia Tenggara, Malaysia masih berada di tempat ke-2 sementara Singapura, yang mana tampil menjadi negara miliki prestasi pasport paling berkuasa di dunia.
Diikuti negara Brunei (20), Thailand (61), Indonesia (66), Filipina (75), Kemboja (89), Vietnam (91) dan Myanmar (94).
Sementara di kedudukan peringkar global pula memperlihatkan Singapura, Jepun dan Finland mendominasi carta tersebut.
Indeks Pasport Henley, yang disusun setiap tahun menggunakan data daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), menyusun kedudukan pasport berdasarkan bilangan destinasi yang boleh dilawati oleh pemegang mereka tanpa memerlukan visa.