Malaysia menjadi pilihan sebagai venue bagi perlawanan persahabatan antarabangsa antara juara Piala Dunia 2022, Argentina menentang dua pasukan dari benua Afrika iaitu Nigeria dan Côte d’Ivoire.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan wartawan Argentina, Leo Paradizo dimana beliau menyatakan Malaysia antara negara yang sedang dipertimbangkan sebagai venue bagi mengadakan dua perlawanan berkenaan.
Baca Juga:
- Angkara Messi, China Batalkan Dua Aksi Persahabatan Argentina
- Peminat Inter Miami Berang Sikap Messi Ketawakan Rakan Sepasukan
- Lionel Messi Tak Muncul, Peminat Hong Kong Mengamuk, Minta ‘Refund’
ATENCIÓN: Información exclusiva de los amistosos de la Selección Argentina. Antes del fin de semana se define. Hay acuerdo de palabra para mantener a los rivales: Nigeria y Costa de Marfil. Hay 4 sedes posibles: Estados Unidos, Indonesia, Malasia e India. pic.twitter.com/tTZY3aG3JD
— Leo Paradizo (@leoparadizo) February 14, 2024
“Maklumat eksklusif tentang perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan Argentina. Sebelum hujung minggu ini ia akan ditetapkan. Terdapat perjanjian lisan untuk mengekalkan dua pasukan lawan iaitu Nigeria dan Ivory Coast. Terdapat 4 tempat yang mungkin menjadi venue. Antara Amerika Syarikat, Indonesia, Malaysia dan India,” katanya.
Pencarian venue alternatif terpaksa dilakukan setelah China bertindak membatalkan dua aksi persahabatan antarabangsa skuad kebangsaan Argentina yang dijadualkan berlangsung di negara itu pada bulan Mac ini.
Laporan daripada CNN menyebut Lionel Messi adalah punca utama yang menyebabkan pembatalan perlawanan itu gara-gara kerana ‘scam’ peminat di Hong Kong.
Tanpa merujuk kepada apa sebenarnya yang berlaku, Biro Sukan Hangzhou berkata dalam satu kenyataan, menyifatkan pembatalan itu atas faktor yang telah diketahui oleh semua orang.
“Disebabkan sebab-sebab yang diketahui oleh semua, kami telah mendapat maklum balas daripada pihak pengendali perlawanan untuk tidak meneruskan perlawanan ini,” katanya.
Messi berdepan cemuhan dan pelbagai kritikan selepas dia hanya berada di bangku simpanan semasa perlawanan persahabatan yang menampilkan pasukan kelabnya, Inter Miami di Hong Kong sebelum ini.
Seramai 40,000 orang telah menghadiri perlawanan itu di Hong Kong dan mengharapkan dapat melihat aksi pemain bola sepak terbaik dunia itu di atas padang.
Namun, mereka hampa dan mengamuk dan kemudian menjerit dimana mereka meminta pihak penganjur membayar balik duit tiket selepas Messi gagal diturunkan kerana mengalami kecederaan.
Ikon Argentina berusia 36 tahun itu bergelut dengan kecederaan hamstring yang menyaksikan dia hanya beraksi tujuh minit ketika pasukannya tewas 0-6 di tangan pasukan Cristiano Ronaldo, Al-Nassr.