Malaysia kini menjadi negara kedua paling ramai pengadil FIFA dari kalangan negara di Asia Tenggara  atau AFF.

Malaysia dan Thailand memiliki jumlah pengadil lelaki FIFA yang sama, namun Thailand berkelebihan dari sudut pengadil wanita, di mana mereka ada 3 orang, sementara Malaysia cuma 1.

Seterusnya untuk pembantu pengadil lelaki FIFA juga, Malaysia dan Thailand masing masing terikat 8 orang pembantu pengadil FIFA. Namun  Malaysia cuma ada 2 pembantu pengadil wanita FIFA berbanding 3 oleh Thailand.

Vietnam kini ada keseluruhan 4 pengadil lelaki FIFA dan 3 wanita. Jumlah yang sama dengan Myanmar.

Singapura walaupun negara kecil memiliki 5 pengadil lelaki FIFA dan 1 pengadil wanita FIFA.

Diikuti Indonesia dengan 3 pengadil lelaki FIFA tanpa ada pengadil wanita bertaraf FIFA.

Satu perkara yang membanggakan AFF adalah, kesemua negara mereka kini ada sekurang kurangnya seorang pengadil lelaki FIFA. Ini termasuk Timor Leste.

Berikut adalah senarai yang telah dirumuskan secara grafik oleh ASEAN Football.

Malaysia bukanlah nama asing dalam pengadilan antarabangsa. Di mana beberapa pengadil Malaysia telah diiktiraf FIFA sejak dulu lagi.

Baru baru ini prestasi Helmi Nasaruddin dipuji peminat Liga Indonesia kerana dianggap seorang pengadil berkualiti.

Malaysia Kedua Paling Ramai Pengadil FIFA Dari Kalangan Negara Asia Tenggara

Diharap akan lebih banyak lagi  pengadil profesional FIFA terutama sekali dari Malaysia di masa yang akan datang. Ini kerana mutu pengadilan juga penting dalam menaikkan prestij dan kualiti bola sepak di sesebuah negara.