Pengadil final Piala Malaysia 2023 rupa rupanya bukan pengadil FIFA. Pengadil final Piala Malaysia 2023 telah menimbulkan banyak polemik dan kontroversi. Sama seperti mana padang perlawanan.
Sudah menjadi lumrah, rumah siap pahat masih berbunyi. JDT menjuarai Piala Malaysia 2023 setelah menewaskan Terengganu dengan kemenangan 3-1.
Baca Juga:
- JDT vs Terengganu: Esteban Solari Anggap Pengadil Bersikap Adil Terhadap Jordi Amat
- Peminat Kritik Mutu Pengadilan Final Piala Malaysia 2023
- Atasi Terengganu 3-1, JDT Julang Piala Malaysia 2023
Kemenangan itu sekaligus membolehkan JDT bergelar juara double treble yang dilakukan dalam dua musim berturut turut.
Ramai menganggap pengadil S Logeswaran sebagai teruk dan tidak berkualiti.
Ketua Jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner menganggap pengadil telah melakukan banyak kesilapan dan memerlukan bantuan VAR.
Jurulatih Terengganu itu juga menyatakan bahawa pengadil memberikan 3 penalti dalam satu perlawanan jelas sekali dia memerlukan bantuan VAR untuk menyemak semula kesemua penalti itu.
Menurut jurulatih Terengganu itu lagi, pengadil terlepas pandang banyak insiden kekasaran pertahanan JDT dalam perlawanan ini.
Logeswaran memulakan malam finalnya dengan memberikan penalti yang dianggap terlalu soft. Kemudian dia gagal menyingkirkan Jordi Amat yang melakukan kekasaran ke atas pemain yang memiliki peluang gol yang jelas iaitu Ivan Mamut.
Logeswaran memberikan penalti kepada Terengganu, namun pundit Zainal Abidin Hassan dan Safee Sali tetap merasakan bahawa pengadil membuat kesilapan mudah tidak memberikan kad merah kepada Jordi Amat.
Itupun pada awalnya Logeswaran tidak memberikan penalti secara terus, sebaliknya hanya memberikan penalti selepas penjaga garisan memberikan isyarat ada kekasaran berlaku.
Berita Harian melaporkan bahawa S Logeswaran sebenarnya bukan pengadil yang diiktiraf FIFA.
Hasil semakan wartawan portal berkenaan di laman FIFA, hanya ada enam pengadil asal Malaysia bernaung di bawah FAM yang diiktiraf FIFA iaitu Razlan Joffri Ali, Muhammad Usaid Jamal dan Muhammad Nazmi Nasaruddin serta Suhaizi Shukri.
Logeswaran bukan pengadil FIFA, pernah cetus kontroversi#BHsukan Logeswaran juga tidak melayangkan kad merah kepada pemain JDT, Natxo Insa selepas pemain itu didapati menyiku pemain Penang FC, Casagrande pada 2021https://t.co/m8AqkrM1UW
— Berita Harian (@bharianmy) December 9, 2023