Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan Malaysia mestilah bersedia menghadapi impak seperti import yang lebih mahal susulan konflik di Timur Tengah, kata

Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara perdagangan dengan eksport dan import bernilai tinggi yang diangkut melalui ruang udara wilayah berkenaan.

Baca Juga:

Beberapa penerbangan Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik kerana ruang udara di Timur Tengah ditutup atau disekat akibat ketegangan yang semakin memuncak, petik The Star.

“Apabila laluan tidak selamat, penerbangan terpaksa dilencongkan atau dibatalkan. Ini bermakna penerbangan ke Eropah menjadi lebih lama, peningkatan kos bahan api, dan risiko kelewatan kargo udara.

“Apabila penghantaran tertunda, kos akan meningkat dan harga (barangan) juga turut naik,” katanya dalam satu hantaran yang dikongsi di media sosial pada Ahad.

Ketegangan di Timur Tengah memuncak apabila Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada Sabtu, mencetuskan serangan balas ke atas wilayah Israel serta kemudahan tentera AS di Timur Tengah.

Menurut Tengku Zafrul, pasaran minyak juga bertindak balas dengan pantas kerana Iran terletak berhampiran salah satu laluan minyak paling kritikal di dunia.

“Apabila konflik meruncing, harga minyak melonjak kerana pasaran bimbang akan gangguan bekalan minyak. Justeru, harga minyak naik, kos logistik meningkat, dan harga (barangan) juga akan naik,” katanya.

Tengku Zafrul berkata apabila dunia tidak stabil, pelabur cenderung mencari aset perlindungan selamat seperti dolar AS dan emas, yang seterusnya memberi tekanan kepada ringgit melalui aliran keluar modal.

“Apabila ringgit tertekan, barangan import menjadi lebih mahal,” jelas beliau.

Mengenai kesan konflik Timur Tengah terhadap poket rakyat Malaysia, Tengku Zafrul berkata perkara itu bergantung kepada berapa lama konflik tersebut berlarutan.

“Jika ia singkat, impaknya adalah terhad. Jika ia berlarutan, kita mestilah bersedia,” katanya.

Sumber