Pelawak, Mamat dan isterinya, Nordiana Ibrahim didapati tidak bersalah selepas disiasat di atas dakwaan membocorkan maklumat dalaman pihak polis di aplikasi Telegram.
Beberapa minggu lalu, netizen gempar apabila nama pelawak itu dan isterinya dikaitkan dengan tuduhan membocorkan maklumat rahsia pihak polis kepada umum menerusi aplikasi Telegram.
Mamat memanjatkan kesyukuran selepas dibebaskan daripada sebarang sabitan dan pertuduhan.
Di mana dia mengesahkan bahawa pihak berkuasa sudah memeriksa telefon bimbit dia dan isterinya. Namun tiada bukti yang mengaitkan mereka dengan kesalahan tersebut – menurut laporan Xtra.
Menerusi Facebook miliknya, Mamat berkata: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt dengan izinnya kes saya dan isteri, Cik Fana yang diperkatakan pada tempoh hari telah No Further Action (NFA) tiada kaitan lanjut.
“Ini membuktikan kami tiada kena mengena dengan artikel yang viral di talian telegram Edisi Siasat.
“Telefon bimbit kami telah dipulangkan semula pada pukul 11 pagi tadi, 23/7/24 oleh pegawai penyiasat kanan setelah 3 minggu di hantar jabaran forensik Bukit Aman untuk di vacuum.
“Tiada bukti ditemui di dalam fon kami yang dikatakan kami adalah suspek yang memviralkan tugas dan telus,” katanya lagi.
Mamat menganggap pengalaman ditahan reman sebagai pengalaman yang pahit. Namun ianya juga telah memberikan kenangan yang tersendiri dalam hidupnya.
Terutama sekali ketika dia dan isterinya diarahkan melakukan pemeriksaan urin.
“Ia adalah satu kenangan terindah dalam hidup saya yang mungkin hingga akhir hayat yang saya tak akan lupakan,” tegas Mamat.