Pelawak Mamat Sepah memohon maaf kepada mana mana pihak yang tersinggung dengan konten podcast mereka sebelum ini.

Dalam Dol’s Podcast, Mamat bercerita tentang sejarah Sepah dan ada pihak menuduhnya sebagai menunggang nama Jep.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Tuduhan ke atas Mamat itu timbul selepas Jep memuat naik kenyataan di IG meminta agar pihak yang suka menunggang namanya agar berhentilah.

Jep Sepahtu Kecewa Namanya Ditunggang Lagi Dalam Podcast

Jep tidak menuding secara spesifik kepada podcast yang dihoskan oleh Shuib yang turut menjemput Mamat sebagai tetamu itu.

Dia menulis: “Aku ni sebenarnya dah malas nak melayan hal hal yang remeh. Namun apabila dibiarkan semakin seronok pula mereka.”

“Dah tidak ada nama lain ke nak tunggang?,” soal Jep lagi.

Menjelaskan sama ada kisah di dalam podcast tersebut. Jep mengesahkan rata rata kisahnya adalah rekaan semata mata. Lantas Jep berharap selepas ini tiada lagi yang bertanya kepadanya tentang cerita cerita

“Apa yang aku boleh katakan, cerita dalam podcast itu kebanyakannya direka dan ditokok tambah. Harap tiada yang bertanya lagi,” akhiri Jep.

Tetapi peminat segera menuduh bahawa Mamat dan Shuib sebagai penunggang nama Jep untuk meraih publisiti.

Mamat meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan perkongsiannya. Dan menegaskan bahawa dia cuma berkongsi kembali kenangan dia serta dua lagi rakan baiknya itu ketika mula menapak dalam industri seni tanah air.

Mamat juga akui mungkin ada sesetengah cerita itu kurang tepat kerana ianya berlaku kira kira 16 tahun lalu. Yang pasti Mamat cuma mahu berkongsi kisah mereka bertiga.

Bercakap kepada Mstar, Mamat berkata: “Biasalah manusia ni memang tak terlepas daripada buat kesilapan tapi bagi saya tiada yang silap dalam perkongsian tu, lagi pun cerita ni sudah 16 tahun lepas mungkin ada minit yang terlepas pandang, memang tak ada apa pun.”

Mamat kemudian menyatakan bahawa mereka bertiga sudah lama berkawan dan seperti adik beradik. “Jadi, tiada [isu] nak tunggang nama sesiapa pun, apa yang saya cerita adalah orang berkaitan sekeliling saya.

“Dalam cerita sebenar memang saya kena sebut sebab banyak juga nama saya sebut dan nama abang saya pun disebut juga, tapi kalau ada pihak kurang senang, saya minta maaf ya,” tegas Mamat kepada sumber yang sama.