Jika kelmarin tular ramai orang berpusu-pusu mahu mendapatkan permainan set Happy Meal McDonald’s, bagi mereka yang minat kereta lumba kawalan jauh pula boleh dapatkan seleksi kereta mainan tersebut di stesen minyak Shell terdekat.
Menerusi TikTok, dapat dilihat ramai orang yang telah mendapatkan kereta lumba kawalan jauh tersebut ‘flex’ dan review kereta mainan itu. Bukan itu sahaja, ada juga yang menunjukkan skil mereka mengawal kereta lumba tersebut.
Baca Juga:
- Pernah Buka 30 Stesen Shell Di India, Ini Kisah ‘Big Boss Shell’ Yang Ramai Tidak Tahu
- Ini Cara Mudah Tebus Aiskrim Dan Air Kotak Percuma Khas Untuk Pelanggan Shell & BonusLink
Watch on TikTok
Watch on TikTok
https://www.tiktok.com/@itsa1man_/video/7152361625062886682?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594
Untuk pengetahuan anda, kereta lumba kawalan jauh Shell ini telah mula dijual pada 8 oktober dan akan berakhir pada 8 Disember serta model yang berbeza akan dijual setiap dua minggu.
Menarik, bukan? Anda boleh membeli kereta lumba kawalan jauh ini dengan harga RM60 termasuk baterinya. Sebelum terlupa, syarat utama untuk anda boleh membeli kereta lumba ini adalah anda perlu mengisi minyak sebanyak RM50 dalam satu resit. Tunggu apa lagi?