Jika kelmarin tular ramai orang berpusu-pusu mahu mendapatkan permainan set Happy Meal McDonald’s, bagi mereka yang minat kereta lumba kawalan jauh pula boleh dapatkan seleksi kereta mainan tersebut di stesen minyak Shell terdekat.
Menerusi TikTok, dapat dilihat ramai orang yang telah mendapatkan kereta lumba kawalan jauh tersebut ‘flex’ dan review kereta mainan itu. Bukan itu sahaja, ada juga yang menunjukkan skil mereka mengawal kereta lumba tersebut.
Baca Juga:
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
@mubarakalyahya Replying to @wx400 Hahahah Kita try terus dekat tempat pam minyak. #keretashell #shell
@awanbiru444 Malang pakai 4×4 Disel tk boleh beli kereta ni, kena suruh bini isi minyak ron95 🤣 Btw Dlm App ni boleh race mcm nfp hahaha #hotwheels #fyp #hotwheelscollections #hotwheelscollector #hotwheelsmalaysia #shell #shellmalaysia
@shellolaklempit 🏎️💨 #shellmalaysia #shellmotorsport #racewithshell #imlimitededition
https://www.tiktok.com/@itsa1man_/video/7152361625062886682?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594
Untuk pengetahuan anda, kereta lumba kawalan jauh Shell ini telah mula dijual pada 8 oktober dan akan berakhir pada 8 Disember serta model yang berbeza akan dijual setiap dua minggu.
Menarik, bukan? Anda boleh membeli kereta lumba kawalan jauh ini dengan harga RM60 termasuk baterinya. Sebelum terlupa, syarat utama untuk anda boleh membeli kereta lumba ini adalah anda perlu mengisi minyak sebanyak RM50 dalam satu resit. Tunggu apa lagi?