Komposer Man Senoi menegaskan bahawa dia tidak perlu meminta kebenaran 4U2C sama sekali untuk memuat naik lagu lagu ciptaan dan miliknya ke dalam platform digital.

azam lagu 4u2c

Komposer tersebut juga menyatakan bahawa tiada keperluan untuk dia dan isterinya meminta maaf secara terbuka kepada 4U2C di atas isu hak cipta lagu.

Bercakap kepada BH Online, Man Senoi menyifatkan 4U2C membuat permintaan tidak masuk akal. Kini komposer itu tidak mahu mengulas lebih lanjut isu tersebut.

Ini kerana menurutnya, itu hanya akan memberikan publisiti percuma kepada 4U2C.

Bercakap kepada NST, Man Senoi berkata: “Untuk apa saya dan isteri mohon maaf? Bagi saya permintaan itu langsung tidak masuk akal.

“Selepas ini. saya tidak mahu buat kenyataan lagi kerana tidak mahu beri publisiti secara percuma kepada mereka (4U2C),” katanya kepada BH Online.

4U2C
Foto: BERNAMA

Man Senoi kemudian menyatakan bahawa 4U2C boleh menyanyikan lagu ciptaannya dengan alatan muzik atau diiringi band secara live dan bukannya minus one mahukan muzik rakaman studio yang dihasilkannya.

“Dan jika ada selingan yang hendak menggunakan ‘sound recording’ asal, kena rujuk kepada saya terlebih dahulu kerana saya ada hak di situ,” tambahnya lagi.

Man Senoi akui dia bercakap melalui fakta dan bukannya sekadar suka suka membuat kenyataan.

“Mereka tak boleh guna muzik asal, namun kalau mahu gubah muzik baharu, tiada masalah,” tegas Man Senoi.

Man Senoi anggap tak perlukan kebenaran 4U2C

Seterusnya tentang persoalan yang dibangkitkan AC Mizal tentang tindakan Man Senoi yang membelakangkan 4U2C ketika memuat naik lagu dalam platform digital, Man Senoi menegaskan dia ada hak.

4U2C Ikut Saluran Betul, AC Mizal Menangis Kecewa Dengan Ajai Dan Man Senoi

Dan dia menjelaskan bahawa dia tidak perlukan persetujuan sesiapa untuk memuat naik lagu yang menjadi miliknya dalam mana mana platform.

Dipetik daripada Berita Harian SG,  Man Senoi berkata: “Saya sudah merujuk kepada peguam tentang perkara ini. Dan kami dimaklumkan kami ada hak sepenuhnya ke atas lagu lagu ini.

“Kami tak perlu merujuk terlebih dahulu kepada 4U2C. Mereka masih boleh menuntut royalti sebagai pelaku (penyanyi) dengan Recording Performers Malaysia (RPM).”

Man Senoi
Foto: NST

Man Senoi mengingatkan 4U2C bahawa, Zman Productions adalah pemilik audio bunyi dan pemegang sah untuk 25 bunyi rakaman lagu 4U2C. Sekaligus menafikan bahawa Man Senoi cuma berhak ke atas 9 sahaja lagu daripada 3 album 4U2C.