Ruud Van Nistelrooy – pengurus interim Manchester United – berbangga dengan kejayaan pasukannya menang 5-2 ke atas Leicester pada aksi Piala FA.

Dan beliau percaya, Man United selepas ini tak akan dapat dihentikan.

Nistelrooy akui sedih dengan pemecatan Erik Ten Hag. Namun pada masa yang sama percaya, pengurus baharu Man United, sama ada dia akan terus menggalas kepercayaan itu atau orangĀ  lain, akan memacu United kepada kebangkitan.

“Sebagai staf kejurulatihan, kami persiapkan pemain dan saya harus puji mereka sangat hebat hari ini.

“Kredit kepada pasukan, mereka mempamerkan aksi hebat hari ini selepas momen yang sukar.

“Pada hari saya diumumkan [pemecatan Ten Hag], ianya agak sukar untuk mereka dan kami semua di sini.

“Dan tentunya, selepas pemergian seseorang pengurus, untuk kami, staf juga, untuk kamu memberikan respon seperti hari ini, ianya pencapaian hebat daripada pemain pemain kami.

“Kami berjanji akan berjuang untuk 75,000 penyokong kami di dalam stadium dan berjuta lagi menyaksikan kami dari rumah. Demi mereka, kami mahu menunjukkan siapa kami sebenarnya. Menunjukkan apa yang kelab ini sedang bina dan terus berjuang dan tak akan berhenti. Inilah dia.”