Pengurusan tertinggi Manchester United tidak berhajat untuk memberikan tiket percuma kepada kakitangannya bagi menyaksikan final UEFA Europa League (UEL) 2024/25.

Aksi bertemu Tottenham Hotspur itu bakal berlangsung pada 22 Mei nanti di San Mames Stadium, Bilbao.

Baca Juga:

Menurut sumber laporan Goal, The Red Devils telah menolak untuk menawarkan tiket perlawanan percuma kepada kakitangan kelab mereka bagi perlawanan akhir tersebut.

Kedua-dua pasukan, United dan Tottenham dikhabarkan telah diperuntukkan sebanyak 15,000 tiket, namun United memutuskan untuk menjual semua tiket final yang diperuntukkan kepada para penyokong mereka.

Final
Soccer Football – Europa League – Semi Final – Second Leg – Manchester United v Athletic Bilbao – Old Trafford, Manchester, Britain – May 8, 2025 Manchester United’s Mason Mount celebrates scoring their first goal REUTERS/Scott Heppell

Tiada Tiket Final, Tayangan Khas Jadi Ganti

Sebagai ganti daripada memberikan tiket perlawanan, United merancang untuk menganjurkan tayangan perlawanan khas buat kakitangan kelab dengan jemputan terbuka kepada seorang tetamu setiap seorang.

Walau bagaimanapun, kelab hanya akan menawarkan dua minuman percuma kepada kakitangan yang dijemput manakala tetamu mereka perlu membayar sendiri.

Keadaan itu cukup berbeza dengan Spurs yang akan memberikan satu tiket percuma kepada kesemua 700 kakitangan mereka.

Difahamkan bahawa The Red Devils tetap berpendirian bahawa keutamaan utama mereka adalah para penyokong kelab dan mereka mahu memastikan sebanyak mungkin tiket final disediakan untuk penyokong yang hadir ke stadium berbanding diberikan kepada kakitangan.

Langkah terbaharu ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha penjimatan kos yang sedang diimplementasikan oleh pemilik minoriti United, Sir Jim Ratcliffe yang sebelum ini telah menyaksikan 450 kakitangan kehilangan pekerjaan.

Sumber