Manchester City dilaporkan pernah mengadakan rundingan awal dengan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mencapai penyelesaian bagi kes pelanggaran peraturan kewangan yang membabitkan kelab itu.
Mereka cuba bayar sejumlah wang kepada Premier League untuk elak hukuman berat. Namun konteks di sini, bayaran tersebut bukanlah merasuah. Ianya lebih kepada rundingan untuk membayar sejumlah wang.
Menurut laporan Bloomberg, rundingan tersebut bertujuan mencari jalan untuk mengurangkan risiko hukuman berat yang mungkin dikenakan terhadap Manchester City susulan pertuduhan berkaitan kewangan.
Bagaimanapun, perbincangan itu dilaporkan gagal mencapai persetujuan sebelum kedua-dua pihak menghentikan rundingan.
Menariknya, cadangan penyelesaian tersebut dikatakan lebih tertumpu kepada pembayaran sejumlah wang yang besar berbanding hukuman seperti penyingkiran daripada liga atau penarikan gelaran yang pernah dimenangi Manchester City.
Rundingan itu berlangsung sebelum Manchester City mengalami perkembangan besar yang memihak kepada pihak pendakwa dalam kes berkenaan.
Walaupun perbincangan penyelesaian pernah diadakan, Manchester City tetap mempertahankan pendirian bahawa mereka tidak bersalah.
Kes ini membabitkan dakwaan pelanggaran peraturan kewangan EPL bagi tempoh musim 2009/10 hingga 2017/18. Panel bebas sebelum ini mendapati Manchester City bersalah atas semua pertuduhan yang dibicarakan, termasuk isu berkaitan kontrak dan pelaporan kewangan.
Manchester City held early-stage settlement talks with the Premier League, a move that could’ve helped mitigate the massive sanctions the team may be facing had the discussions not broken down https://t.co/jc1Sa9lRyv
— Bloomberg (@business) October 9, 2026
Panel tersebut turut mendapati penggunaan kontrak palsu serta akaun yang mengelirukan bagi menyembunyikan pembiayaan melebihi £830 juta.
Manchester City bagaimanapun telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dengan mendakwa terdapat kesilapan ketara dari segi undang-undang, prinsip dan fakta.
Jika rundingan penyelesaian itu berjaya, pendekatan yang dilaporkan dicadangkan berpotensi mengelakkan hukuman sukan yang jauh lebih berat. Namun, sebarang penyelesaian seumpama itu juga berkemungkinan mendapat tentangan daripada kelab pesaing seperti Arsenal dan Liverpool, yang pernah bersaing dengan Manchester City dalam perebutan kejuaraan EPL.
Setakat laporan tersebut, rundingan berkenaan tidak menghasilkan sebarang persetujuan. Manchester City kini meneruskan usaha untuk mencabar keputusan panel bebas melalui proses rayuan.
Perkembangan ini menimbulkan persoalan besar tentang bagaimana kes kewangan paling kontroversi dalam sejarah EPL itu akhirnya akan diselesaikan, serta sejauh mana hukuman yang bakal dikenakan sekiranya rayuan Manchester City gagal.