Perlawanan penuh drama di Anfield, apabila Manchester City bangkit daripada ketinggalan 1 gol dan menang 2-1 di Anfield.
Ianya menjadi aksi tumpuan pada minggu ini. Manchester City wajib menang dalam usaha mereka mahu mengecilkan semula jurang mata dengan Arsenal yang berada 9 mata di atas mereka, sebelum sepak mula.
Di atas padang Liverpool terlebih dahulu di hadapan dengan gol cantik daripada Dominik Szoboszlai menerusi sepakan percuma yang menewaskan Donnarumma pada minit ke-74.
Namun gol itu dibalas oleh Bernardo Silva minit ke-84 selepas dia menerima bola daripada tandukan Haaland.
Tidak lama selepas itu City di hadapan menerusi penalti oleh Erling Haaland.
Pada masa kecederaan Man City mencetak gol ketiga. Namun VAR membatalkan gol itu kerana Haaland menarik baju Dominik Szoboszlai.
Tetapi VAR kemudian memberikan kad merah kepada Dominik Szoboszlai kerana terlebih dahulu menarik jersi Haaland, sebagai hukuman untuk kesalahan menafikan peluang gol terbuka lawan.
Tamat perlawanan, Liverpool 1 Man City 2.
Kemenangan ini membolehkan Man City merapatkan jurang mata kepada 6 mata daripada pendahulu Arsenal.
Liverpool kini sudah menelan kekalahan kelapan mereka musim ini. Dan berada di tempat keenam di belakang Chelsea.