Manchesrer City melayan kunjungan Liverpool di Etihad untuk aksi tumpuan EPL minggu ini.
Skuad Arne Slot ditekan daripada awal perlawanan. Doku memenangi penalti awal perlawanan untuk Manchester City.
Penalti Haaland berjaya diselamatkan oleh Mamardashvili.
Tetapi tidak lama kemudian Haaland menanduk masuk bola pada minit ke-29.
Liverpool hampir menyamakan kedudukan menerusi gol tandukan Van Dijk. Namun gol itu dibatalkan kerana Robertson berada di kedudukan ofsaid berada di hadapan Donnarumma.
Ketika Liverpool terus bergelut untuk mencari rentak, Man City menambah 1 lagi gol menerusi Nico Gonzalez pada masa kecederaan separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, pemain terbaik sepanjang perlawanan, Doku akhirnya mencetak gol EPL pertamanya pada minit ke-63.
2019 – Jérémy Doku today is the first player to score, win 10+ duels (11), complete 7+ dribbles (7), create 3+ chances (3) and have 3+ shots on target (3) in a single Premier League game since Eden Hazard for Chelsea v West Ham in April 2019. Outstanding. pic.twitter.com/VxUVsgZqHj
— OptaJoe (@OptaJoe) November 9, 2025
Liverpool hanya mendapat percubaan tepat pertama mereka selepas lebih 70 minit aksi menerusi percubaan deras Dominik Szoboszlai yang diselamatkan Donnarumma.
Man City menamatkan perlawanan dengan 3 mata, 3-0 dan sudah tentunya dengan clean sheet.
Kemenangan ini membolehkan Man City kini merapatkan jurang mata kepada 4 mata daripada pendahulu Arsenal.
Sementara Liverpool kini berada di tangga ke-8 selepas menelan kekalahan kelima mereka musim ini.