Manchester United secara rasmi mengumumkan rancangan mereka untuk meninggalkan Old Trafford, rumah mereka selama lebih daripada 100 tahun, dan berpindah ke stadium baharu.

Cadangan itu diumumkan pada hari Selasa dan telah disokong oleh bekas pengurus padukan iait7 Sir Alex Ferguson. Cadangan arena berkapasiti 100,000 tempat duduk itu akan mengatasi Wembley sebagai arena terbesar di United Kingdom.

Baca Juga:

Manchester United Ikut Cakap Peminat

Langkah ini diambil oleh United selepas mendapat nasihat dari jawatankuasa yang ditubuhkan lebih setahun lalu selain berbincang dengan penyokong.

Manchester United
Manchester United

Pilihan lain bagi United adalah untuk membangunkan semula stadium sedia ada, tetapi juara Inggeris 20 kali itu telah memilih untuk berpindah ke rumah baharu.

“Hari ini menandakan permulaan perjalanan yang sangat menarik untuk menyampaikan apa yang akan menjadi stadium bola sepak terhebat di dunia, di tengah-tengah Old Trafford yang dijana semula,” kata pemilik bersama Sir Jim Ratcliffe pada hari Selasa.

“Stadium kami sekarang telah berkhidmat dengan cemerlang sejak 115 tahun lalu, tetapi ia ketinggalan di belakang arena terbaik dalam sukan dunia.

“Dengan membina di sebelah tapak sedia ada, kami akan dapat mengekalkan intipati Old Trafford, sambil mencipta stadium yang benar-benar canggih yang mengubah pengalaman peminat hanya dengan jejak kaki dari rumah bersejarah kami.”

Manchester United
Manchester United

Old Trafford, yang mempunyai kapasiti sebanyak 76,000 tempat duduk selepas penambahbaikan terakhir pada 2006, dibuka pada tahun 1910. Rancangan United akan menyaksikan stadium baharu dibina di tapak yang sama di Manchester dengan potensi kapasiti 100,000, menjadikannya stadium terbesar di UK.

Sumber memberitahu ESPN bahawa rancangan untuk mengekalkan Old Trafford sebagai rumah untuk pasukan wanita dan pasukan remaja telah dipertimbangkan akan tetapi cadangan tersebut akhirnya ditolak.