Manchester United dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Chelsea, Nicolas Jackson dalam usaha memantapkan jentera serangan kelab tersebut.
Ketika pasukan lain sibuk berbelanja mendapatkan pemain baharu, The Red Devils dilihat agak perlahan dimana hanya berjaya merekrut Matheus Cunha dari Wolves dengan nilai perpindahan berjumlah £62.5 juta.
Baca Juga:
- Trump Simpan Piala Dunia Kelab Yang Asli Dan Suruh Chelsea Bawa Balik Piala Replika

- Chelsea Tak Bermasalah Atasi PSG, Muncul Juara Piala Dunia Kelab FIFA 2025

- Steven Gerard: Detik Tergelincir Lawan Chelsea Masih Menghantui Fikiran Saya


Cubaan untuk membawa Bryan Mbeumo ke Old Trafford juga masih belum dapat diselesaikan dan Jackson menjadi pilihan seterusnya buat Ruben Amorim.
Meskipun dikecam peminat Chelsea, Jackson pada ketika ini menjadi rebutan antara Manchester United, Aston Villa dan kelab Serie A, AC Milan.
Menurut sumber laporan Goal, United dikatakan sedang memantau situasi Jackson di Chelsea.
Penyerang dari Senegal itu kini berdepan saingan baharu selepas dua pemain baru iaitu Liam Delap dan Joao Pedro tiba untuk merebut posisi penyerang di Stamford Bridge.

Sehubungan dengan itu Jackson turut difahamkan sedang mempertimbangkan masa depannya bersama juara Piala Dunia Kelab FIFA 2025 tersebut.
Chelsea Letak Nilai Tinggi Buat Nicolas Jackson
Namun Chelsea sudah menyatakan pendirian apabila meletakkan tanda harga bernilai £100 juta sekiranya ada pasukan berminat untuk mendapatkan Jackson.
Satu nilai yang menunjukkan The Blues tidak terdesak untuk melihat penyerang berusia 24 tahun itu melangkah pergi meninggalkan pasukan.
Nicolas Jackson berjaya menjaringkan 30 gol dalam 81 penampilannya di semua pertandingan disertai Chelsea sejak menyertai kelab tersebut pada musim panas 2023/24.

Walaupun masih mampu menjelmakan jaringan penting buat pasukan, Jackson mendapat kritikan kerana sering melepaskan peluang keemasan.
Beliau juga ada ketika gagal mengawal kelakuannya hingga menyebabkan dirinya dilayangkan kad merah yang nyata turut tidak disenangi pengendali Chelsea, Enzo Maresca.