Manchester United menjadi bahan ketawa selepas tewas kepada ASEAN All Stars dalam aksi Maybank Challenge Cup 2025.
Kuala Lumpur menjadi destinasi pertama dalam jelajah pasca musim United dan mereka turun menentang bintang ASEAN.
Baca Juga:
- Dikejutkan ASEAN All Stars, Manchester United Terlepas Piala Cabaran Maybank
- Info Siaran Langsung Manchester United vs ASEAN All Stars
- Perarakan Manchester United Depan Pavilion Bukit Bintang Meriah Disambut Ribuan Penyokong
Pemain sayap Myanmar, Maung Maung Lwin menjadi wira dimana beliau menjaringkan gol tunggal dan memberikan kemenangan bagi ASEAN All Stars.

Maung Maung Lwin melepasi perangkap ofsaid dan melepaskan rembatan kemas menewaskan penjaga gol veteran, Tom Heaton.
Manchester United Jadi Bahan Ketawa
Kekalahan ini nyata mendapat sambutan dari ramai pihak dimana mereka terus mengejek United yang gagal menewaskan skuad ASEAN.
They lose home, away and far away 😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 😂 pic.twitter.com/T5D4jrUIbb
— Sxnti (@PeakSxnti) May 28, 2025
Mark Goldbridge, salah seorang penyokong yang terkenal kerana video reaksi beliau nyata kecewa dengan kekalahan semalam.
“Pasukan terbang jauh ke Malaysia dan tidak mampu menjaringkan gol, kita tewas kepada pasukan ASEAN All Stars.

“Kita telah menunjukkan kepada penyokong di Malaysia apa yang kita alami di UK selama ini.
“Kita boleh jatuh lebih dalam, pasukan ini boleh jadi teruk,” katanya.
Mark Goldbridge losing his shit again 🤣
Nothing I love more than seeing this mfs tears 😠pic.twitter.com/Cp7S3or3bw
— Lea (@Lea_EFC) May 28, 2025
Man United getting smashed home, away and far away. https://t.co/40CO3wh1OZ
— Troll Football (@TrollFootball) May 28, 2025
Pemain United terus terbang ke Hong Kong dimana mereka akan berdepan skuad kebangsaan negara itu pada Jumaat.